Waktu petang, Jimin membawa Jimmy ke klinik pakar kanak-kanak. Taemin, Ravi, Kai, Timoteo, dan Sungwoon turut menemani. Di bilik pemeriksaan, Doktor Hye Soon — seorang doktor wanita berwajah tenang dan keibuan — menyambut mereka dengan senyuman mesra
Doktor Hye Soon
Boleh buka baju sikit? Saya nak periksa belakang Jimmy ya…
Jimin perlahan-lahan buka baju Jimmy. Doktor Hye Soon terdiam seketika saat melihat parut besar dan kesan luka lama di belakang tubuh kecil Jimmy. Wajahnya berubah jadi serius.
Doktor Hye Soon
Maafkan saya… boleh saya tahu siapa yang memukulnya sampai begini...?
Jimmy tunduk, tangan kecilnya menggenggam kuat baju Jimin
Jimmy
…
Jimin (bapa kandung Jimmy)
Ibunya yang buat. Saya dah ceraikan dia sebab kekejaman dia terhadap Jimmy. Dia tak layak bergelar ibu…
Doktor Hye Soon menahan sebak, namun tersenyum lembut ke arah Jimmy.
Doktor Hye Soon
Jimmy… jangan takut ya sayang. Kamu mesti kuat dan berani… macam samchon dan appa kamu.
Jimmy
Nee...
Ravi masuk ke dalam bilik pemeriksaan perlahan-lahan.
Ravi
Jimmy okay ke?
Jimin (bapa kandung Jimmy)
Okay. Dia kuat.
Taemin (bapa Kandung Jimmy yang baik)
Jom kita makan jajjangmyeon untuk Jimmy. Hadiah sebab dia berani hari ni!
Jimmy
Hoorayyyyy!!!
Sungwoon
🤣🤣🤣🤣
Kai
Jajjangmyeon Squad~ Let's go!
Timoteo
😂😂😂
Semua ketawa gembira dan keluar dari klinik menuju ke restoran jajjangmyeon kegemaran mereka. Taemin pegang tangan Jimmy sambil Jimin dukung anak kecil itu.
Namun, dari kejauhan... Riana memerhati. Matanya terarah pada Jimmy yang ceria dalam dukungan Jimin. Namun saat Jimmy melihat ke arahnya — mata mereka bertemu sebentar.
Jimmy segera menutup mata dan memalingkan wajah. Dia tidak mahu lihat ibunya. Trauma itu masih dalam.
Taemin yang menyedari kehadiran Riana, menghantar pandangan tajam ke arahnya. Dia kemudian menarik pintu restoran dan masuk bersama yang lain.
Comments