Jimin memeluk Jimmy erat, lalu mengeluarkan telefon dan mula menelefon seorang demi seorang sahabatnya
Jimin (bapa kandung Jimmy)
Hello? Ravi… boleh datang rumah Taemin sekarang? Aku perlukan korang semua… penting. Bawa Timoteo, Kai, Sungwoon sekali.
Beberapa jam kemudian, Jimin dan Jimmy tiba di rumah baharu Taemin. Rumah itu moden dan luas, baru dibina selepas Jimin berkahwin dengan Riana dahulu. Kini, rumah itu jadi tempat perlindungan mereka. Jimmy masih dalam ketakutan, memegang erat baju Jimin.
Pintu rumah terbuka, Taemin berdiri dengan senyuman lembut
Taemin (bapa Kandung Jimmy yang baik)
Masuklah… aku dah sediakan bilik untuk Jimmy. Aku rindu korang.
Beberapa minit kemudian, Ravi, Timoteo, Kai dan Sungwoon sampai dengan pelbagai barang — buku dinosaur, permainan jongkang-jongket kecil dan patung mainan
Ravi
Jimmy… jangan risau, samchon ada dekat sini. Kami bawa buku dinosaur yang Jimmy suka ni haa~
Timoteo
Ibu Jimmy tu… jahat betul. Kenapa sampai hati pukul Jimmy macam ni…
Sungwoon
Tak apa… samchon boleh buat muka Appa Jimin tau~ tengok ni!
Sungwoon buat muka lawak meniru Jimin dengan mulut muncung dan mata besar
Jimmy
(ketawa kecil, mulut senyum buat pertama kali sejak kejadian tadi)
Timoteo tersenyum lega melihat Jimmy ketawa. Semua 94-liner itu (Ravi, Timoteo, Kai, Sungwoon) bersorak kecil dan lega.
Jimin (bapa kandung Jimmy)
(peluk Taemin dari belakang perlahan) Terima kasih sebab sudi terima kami di sini.
Taemin (bapa Kandung Jimmy yang baik)
Kau tak perlu ucap terima kasih, Jimin. Rumah ni memang aku bina... untuk masa depan kita
Jimin tersenyum sambil melihat Jimmy yang kini bermain dengan bahagia, walau sedikit demi sedikit luka hatinya masih belum sembuh. Tapi dia tahu — bersama sahabat dan Taemin, Jimmy akan pulih
Comments