Scarlet Beauty

Scarlet Beauty

Part 1

Daniera menatap setiap isi rumah yang telah yang dia tinggalkan semenjak ayahnya meninggal dunia 3 bulan lepas. Rumah tersebut kian usang dan kurang pengawasan oleh Daniera. Perabot-perabotnya juga, berubah warna dan berhabuk. Daniera terduduk dan mengimbas kembali perjuangnya bersama ayahnya di rumah ini, bertapa susahnya hidup mereka ketika itu.

Kini Daniera merupakan seorang peguam yang amat dikenali dan disegani. Tiada kes, yang tidak dapat dia selesaikan. Bagi Daniera wang adalah segalanya. Tidak kira siapa anak guamannya, baik atau jahat dia akan pastikan anak guamannya menang dalam setiap kes.

‘Kalaulah aku sempat memberikan kesenangan hidup kepada ayah ketika beliau masih hidup, alangkan bahagianya kami’. Daniera tersenyum sambil menitiskan air mata ketika melihat gambar-gambarnya bersama ayahnya. Ayahnya meninggal dalam keadaan tenang ketika tidur tanpa sebarang penyakit. ‘Indah sungguh senyuman ayah ketika itu’.

Daniera ke ruangan bilik ayahnya lalu duduk di katil sambil melihat-lihat keadaan bilik. Daniera membuka sebuah kotak yang diberikan oleh ayahnya sebelum ayahnya meninggal. Bila Daniera membuka kotak itu, di dalamnya terdapat banyak gambar-gambar kenangan ayah bersama rakan-rakan sekolah beliau. Terdapat juga keratan akhbar serta surat, ‘Wajah wanita ini persis seperti aku’. Daniera mengambil sebuah esei dengan nama yang pernah dia dengar ‘Millieora’.

28 tahun lalu…..

(Pertemuan)

Hari pertama persekolah setelah tamat cuti sekolah selama 1 bulan. Bermulalah hari yang mengembirakan bagi para pelajar yang merindukan suasana di sekolah malang sekali, bukan semua pelajar di sekolah Smk Wira Permata ini berminat untuk belajar.

‘Ahh… Bilalah sekolah nak habis ni’

Nazirul Aslan merupakan pelajar kelas kedua terakhir di tingkatan 4 sekolah ini. Baginya sekolah tempat yang membosankan. Nazirul datang ke sekolah hanya untuk bermain bola sepak. Benda lain? Tiada makna baginya. Niat untuk belajar tidak pernah difikirkan.

Cikgu Azia menuju ke kelas dengan membawa seorang pelajar baru di kelas 4 harmoni yang terletak agak hujung di tingkat satu bangunan itu.

”Selamat pa….”. “Cikgu kenapa dengan muka dia tu? Hahaha” Belum sempat Cikgu Azia mengucapkan selamat pagi Ronny mencelah dengan kata-kata sindiran.

“Ronny sepertinya kamu perlu belajar untuk beradab sopan dengan orang lain”.Tambahannya lagi, “Semua perkenalkan pelajar baru di kelas ini”. Cikgu Azia menyuruh pelajar tersebut mengucapkan salam perkenalan.

“Selamat pagi, nama saya Millieora Binti Mazim boleh panggil Millie. Selamat berkenalan semua”. Millieora hanya menundukkan kepalanya dan tidak melihat siapapun.

Millieora memiliki parut yang agak besar dibahagian pipi kirinya hingga ke mata. Tubuh badan Millieora agak kurus dan dia kelihatan agak lesu seperti orang yang keletihan. ‘Muka dia cantik tapi disebabkan parut tu kecantikannya tengelam’. Kata Nazirul dalam hati.

“Kenapa muka kau tu? Jatuh? Atau kau kaki gaduh?” Semua orang ketawa dengan kata-kata Nazirul. Baginya, dia hanya ingin tahu apa yang terjadi kepada Millieora sehingga memiliki parut sebesar itu. Millieora tidak menjawab pertanyaan itu dan hanya diamkan diri.

“Hi Millieee! jangan layan soalan-soalan tidak masuk akal mereka tu.. salam kenal Millie”. Kata Nichie sambil senyum melihat Millieora. Cikgu Azia yang dari tadi yang bersabar dengan perangai mereka mencelah “Sudahlah tu, cikgu harap sangat kamu semua berbaik-baik dengan Millieora dia pelajar yang sangat bijak disebabkan dia mengambil aliran yang sama dengan kelas kamu maka dia ditempatkan di kelas ini”

“Kenapa budak bijak masuk sekolah macam ni? Mesti kena buang sekolah” soal Felly dengan kata-kata kasar. Cikgu Azia sangat marah berkata,“Sudah diam! Jangan menilai seseorang dari luaran faham semua! Okay Millieora kamu boleh duduk sebelah dengan Nazirul”.

“Baik cikgu” Millieora tersenyum dan terus bergerak ke meja sebelah dengan Nazirul. Millieora duduk dan senyum ke Nazirul tetapi, Nazirul tidak membalas senyumannya. Disebabkan masih lagi tidak berpuas hati dengan Millieora yang tidak menjawab pertanyaannya.

(Waktu rehat)

“Millie, saya Elly jom kita ke kantin” Kata Elly. Millieora mengeluarkan bekalannya dari dalam beg.

“Wah Millie ada bawa bekallah kita orang kat sini semua makan beli saja, rajin betul ibu Millie masak ya hihi” Kata Elly. Millieora hanya tersenyum dan mengikut Elly.

Ketika di kantin semua orang memandang Millieora dengan pandangan yang pelik, tiada riak wajah simpati yang mereka berikan. Mereka berasa, rupa paras Millieora yang berparut menakutkan.

“Kenapa muka dia tu”.

“Budak ni mesti gangster dulu, tulah masuk sekolah ni”.

“Badan kecil macam tu pun kaki pukul ke?”

“Kalau aku, aku malu doh! Muka macam tu, baik pakai mask”

Bermacam-macam lagi pandangan dan andaian semua orang di kantin ketika itu, tiada seorang pun mahu menegur Millieora. Mereka beranggapan Millieora seorang pelajar bermasalah. Millieora hanya diamkan diri dan tidak memperdulikan kata-kata mereka.

Tamat saja waktu rehat semua pelajar kembali ke kelas masing-masing. Bermula saja kelas Nazirul mengorak langkah untuk tidur terutama sekali kelas Cikgu Soraya. Cikgu Soraya sangat masak dengan perangainya yang tidak mengambil perhatian kepada pelajaran bermula.

“kamu pelajar baru sila baca muka surat 12 rangkap pertama” Kata cikgu Soraya. “Baik cikgu..” kata Millieora tanpa sebarang bantahan.

“Cikgu boleh tak orang lain saya takut tengok muka dia cikgu, suara dia lagilah nanti saya termimpi-mimpi cikgu”. Kata Idris dengan nada bergurau. Semua pelajar dalam kelas tertawakan Millieora termasuk Nazirul.

“Mulut kamu ni Idris, sudahlah kerja rumah yang cikgu bagi kamu tak siapkan jangan sampai cikgu bawa kamu ke bilik disiplin” tegas cikgu Soraya.

Millieora tetap meneruskan apa yang di minta oleh cikgu Soraya dan menghiraukan kata-kata Idris. Idris sangat sakit hati terhadap Millieora yang tidak memperdulikan katanya.

Waktu persekolah telahpun tamat semua pelajar bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Idris mencari pasal dengan Millieora, Idris menarik beg Millieora secara kasar dan mencampak ke lantai. Millieora tergamam dengan perbuatan Idris yang biadap. Millieora tidak berkata apa-apa hanya menundukkan badannya dan mengutip semula begnya yang Idris campakkan.

“Lain kali kita perlu juga dengan kata-kata orang sekeliling”. Kata Idris melepaskan marahnya kepada Millieora lalu beredar sambil melanggarnya bahunya.

Nazirul yang disebelah Millieora langsung tidak membantunya, Nazirul tidak mahu mencampuri urusan orang lain dan pergi membawa dirinya keluar.

Nazirul bergerak keluar dari kelas dan melihat seseorang menunggunya dari tadi. Nazirul melihat Nichie yang tersenyum membawakan coklat untuknya. ‘Kenapalah aku mesti bertembung dengan dia ni bukankah dia lebih awal keluar tadi’. Keluh Nazirul.

“Nazi aku ada sesuatu untuk kau, aku tahu kau tak..“ Kata Nichie yang terhenti dengan perbuatan Nazirul yang merampas coklat itu.

“Terima kasih aku akan makan coklat ini dengan plastiknya sekali”. Lalu Nazirul bergegas pergi. Tanpa mempedulikan Nichie yang masih berdiri disitu.

Nichie merupakan seorang anak orang kaya di sekolah ini. Setiap kali pertemuan PIBG di sekolah, apa saja yang ayahnya katakan sentiasa di sokong. Pengaruh ayah Nichie sangat kuat terhadap sekolah. Bagi Nazirul, dia tidak pernah ingin mendekatinya atau memiliki perasaan suka terhadap Nichie kerana Nichie seorang yang sangat bahaya. Sebelum ini, Nichie juga menjalinkan hubungan dengan senior popular di sekolah ini. Setelah putus dikhabarkan tidak lagi bersama, secara tiba-tiba senior tersebut dibuang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang teruk.

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play