Parts 5

Beri laluan beri laluan!!!!

Sampai saja kereta ambulans, Anna di letak di atas katil dan dengan pantasnya di masukkan ke wad ICU. Nazirul yang masih lagi memakai pakai sekolah dengan baju yang koyak dan berlumuran darah tidak lagi merasakan kesakitannya. Hampir setengah jam Nazirul, menunggu kakaknya Anna dalam wad ICU yang sedang dibedah kerana kehilangan banyak darah akibat di tikam di bahagian perut. Ketika itu Amnah ibu mereka datang dengan pakai kerja setelah mendengar panggilan dari pihak hospital tentang apa yang menimpa anaknya. Amnah tidak henti menangis sambil tidak henti-henti berdoa agar pembedahan anaknya dapat berjalan dengan lancar.

Nazirul yang berada disana melihat keadaan maknya Cuma memeluknya untuk menenangkannya. Jam menunjukkan 10.00 malam dan Anna masih lagi belum sedarkan diri. Doktor cuba sedaya upaya mereka menyelamatkannya. Selang beberapa minit salah seorang doctor dari bilik bedah dengan muka yang keletihan dan sayu keluar mendekati mereka. Nazirul cuba untuk berfikir positif dan tenang agar tidak mencemaskan Amnah.

“Saya minta ma..aaf”

Kalimat yang keluar dari mulut doktor itu sangat jelas menunjukkan Anna telah menghembuskan nafas terakhir.“Doktor tolong doktor saya merayuuu..” Nazirul melutut memeluk kaki doktor tersebut, doktor itu memeluknya dengan erat. Nazirul teringat semula ketika Millieora yang melutut di depannya tanpa dia tanpa belas kasihan ‘Inikah balasan terhadap perbuatan aku’. Seluruh tubuhnya lemah dan tidak berdaya. Amnah yang tadi menangis tanpa henti, jatuh pengsan tidak dapat menerima kenyataan yang didengarnya. Nazirul datang memeluk Amnah dan meminta bantuan jururawat untuk memohon pertolongan menyedarkan ibunya. Nazirul sedar selama ini mereka sahaja harta yang dia miliki. Nazirul juga sedar, selama ini dia tidak pernah mengambil tahu soal Anna dan tidak mengambil berat tentang kehidupannya.

Majlis pengebumian berlangsung dalam keadaan sayu. Tidak ketinggalan saudara-mara yang tidak memperdulikan perasaan mereka dan hanya mengeluarkan kata-kata yang menyingungkan perasaan. “Itulah suka keluar dengan jantan tak betul”,“Kesian Amnah seorang anak dah meninggal bijak pula tu! Yang seorang lagi ni tak tahulah nak jadi, depannya. Menyusahkan keluarga saja kerja”. Kata ibu saudara Nazirul.

Nazirul hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan baginya ibumaknya lebih penting. Para media juga, bertungkus lumus untuk mendapatkan kerana dia saksi kejadian dan mencuba menemu bualnya. Malang sekali, Nazirul tidak memberi sedikit ruang kepada pihak media dan menghindari.

Cikgu-cikgu Nazirul turut hadir ke majlis pengebumian kakaknya bagi menunjukkan simpati. Tidak ketinggal rakan-rakan sekelasnya, tetapi kawan rapatnya Ronny dan Idris tidak menunjukkan muka. Terutama sekali ayahnya langsung munculkan diri beliau meskipun anaknya telah meninggal dunia.

Selang beberapa hari, hasil bedah siasat dijalankan ke atas mayat Anna dan punca kematiannya.

Pihak Polis berjaya memberkas penjenayah tersebut, penjenayah juga merupakan teman lelakinya sendiri. Dalam tempoh 48 jam, menangkap penjenayah dan juga seorang bapa ayam, membuatkan tangkapan besar buat pihak polis setelah mendapat info dari orang awam.

“Bagi aku jantan ni! Biar aku bunuh dia!”. Nazirul mengamuk di balai polis setelah mendapat tahu penjenayah itu telah diberkas dan orang itu adalah pemuda yang ditolongnya tempoh hari.

“Bawa bertenang encik ini balai polis, kita ada undang-undang jangan buat sesuatu tanpa berfikir”. Kata salah seorang polis yang berada di sana.

“Tenang?!! Dia bunuh kakak aku! Biar aku bunuh dia pula!!”. Jeritan Nazirul masih lagi memegang kolar penjenayah itu dan tidak melepaskannya. Polis yang melihat kejadian semakin tegang menariknya sebelum Nazirul bertindak lebih ganas. Nazirul terduduk menangis teresak-esak, dan pihak polis cuba menenangkannya. Hampir setengah jam Nazirul cuba untuk bertenang, apabila pihak polis melihat Nazirul yang tidak lagi dalam keadaan marah, mereka mendekatinya untuk memberikan keterangan mengenai kes Anna.

Selesai sahaja disiasat oleh pihak polis Nazirul bergerak keluar dari balai. Nazirul duduk termenung di perhentian bas sementara menunggu bas muncul. Di dalam bas Nazirul melihat orang sekelilingnya. Dia dapat merasakan mereka mengenalinya melalui berita utama tentang kes Anna. Ada yang bersimpati dengannya dan memberikan Nazirul kata-kata semangat.

Nazirul tidak dapat menahan sebak dia hanya duduk sambil melihat cermin dengan pandangan kosong. Air matanya mengalir tanpa henti. Sampai saja di rumah dia melihat Amnah yang sedang tidur di bilik. Nazirul masuk ke bilik itu dan mengusap lembut rambut Maknya. Mata Amnah masih lagi bengkak, ketika tidur saja Amnah kelihatan tenang setelah bangun, Amnah kembali menangis meratapi kematian Anna. Nazirul ke ruangan dapur untuk melihat masak yang dimasak untuk Amnah sebelum ke balai malangnya, langsung tidak berkurang.

Nazirul mengambil pingan, lalu duduk di kerusi sambil membuka tudung saji yang terdapat lauk yang masih banyak mulai sejuk. Nazirul menyuap nasinya sedikit demi sedikit. Nasi yang dikunyaknya kelihatan sukar untuk di telan.

“Anna kamu ke tu!”. Kata Amnah ketika mendengar bunyi dari dapur. Nazirul yang duduk termenung lari ke bilik Amnah cuba menenangkannya.

“Ma..akk.kk, dah lah tu. Mak mari kita makan”. Kata Nazirul memujuk Amnah untuk bertenang.

“Mak taknak makan Zi, mak nak Anna. Kamu tahu Anna di mana? Lama dah mak tak jumpa Anna setiap kali mak balik rumah mak tak jumpa Anna. Mak minta maaf sebab tak pernah luangkan masa untuk Anna, mak salah! Mak minta maaf”. Amnah kembali menangis sambil memeluk gambar Anna. Nazirul memeluk erat ibunya yang masih lagi bersedih.

Apabila ibunya telah tidur, Nazirul cuba keluar dari bilik itu perlahan-lahan. Lalu menuju ke biliknya untuk menangkan diri. Langkahnya terhenti apabila melihat pintu bilik Anna terbuka dia terbayang Anna duduk di kerusi mejanya sedang membaca buku. Nazirul masuk ke bilik Anna, biliknya dihiasi dengan gambar ketika mereka masih lagi kecil. Nazirul membuka laci meja Anna terdapat diari yang ditulis Anna.

‘3 hari lagi hari jadi Nazi aku nak masak makanan kegemaran dia, dah lama aku tak masak untuk Nial. Aku rasa mesti dia fikir aku tak ingat tentang dia lagi. Jangan sedih kakak kau masih sayang kau’.

‘Aku nak belajar bersungguh-sungguh , aku adalah harapan keluargaku. Aku takkan sia-sia penat lelah ibu selama ini. Aku janji takkan biarkan ibu hidup susah lagi, aku pasti tunaikan janji aku’. Nazirul tidak dapat menahan diri dari terus mengalirkan air mata. Nazirul menyimpan semula diari Anna ke dalam laci meja. Dia tidak mampu meneruskan untuk membaca diari Anna. Sangat sakit dadanya menahan sedih, jika saja dia dapat memutarkan semula masa dia ingin memeluk Anna dan meminta maaf dengannya selama ini mengabaikannya.

‘Tiada siapa mengetahui bila dan di mana kematian seseorang itu, hanya Tuhan saja yang maha mengetahui segalanya’

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play