Perjalanan Nazirul pulang ke rumah mengambil masa hanya 10 minit berjalan kaki tapi, Nazirul lebih suka menghabiskan masanya di tasik berdekatan dengan sekolah. Sambil berteduh di bawah pokok Nazirul hanya termenung sambil terbaring di pinggir tasik. Fikirannya melayang, baginya tiada yang menarik di sekolah. Nazirul hanya ingin pergi jauh dari semua orang. Nazirul mengeluarkan coklat yang diberikan oleh Nichie dari poketnya.
“eh! Perempuan gila tu letak racun kali dalam ni tak sanggup aku nak makan” Nazirul membuat andaian bahawa Nichie cuba meracuninya. Lalu dia membuang coklat itu ke dalam tong sampah. Nazirul mengeluarkan rokok yang sembunyikan di dalam kasut. Ibu dan kakaknya tidak tahu yang selama ini dia merokok. Hasil ajaran tidak baik dia pelajari dari Idris dan rakan-rakan yang lain.
Sambil merokok Nazirul terlihat kelibat seorang perempuan yang memakai baju sekolah. Dia cuba memerhatikan perempuan itu dengan lebih teliti. ‘Eh budak parut tu, waktu macam ni dia belum balik lagi? apa dia buat kat sana waktu-waktu macam ini? Budak pelik’ kata Nazirul dalam hati.
Tasik ini agak jauh dari kawasan pekan. Penduduk sekitar sini jarang datang ke tasik ini tetapi, Nazirul pula menganggap tasik ini tempat yang sesuai untuknya menghilangkan diri dari pandangan semua orang.
“Hoi! Kau buat apa kat sana?!” jerit Nazirul.
Setelah Millieora menyedari seseorang menjeritnya. Millieora kelihatan terkejut dan pucat, tangannya dengan pantas memasukkan sesuatu semula ke dalam begnya. Lalu Millieora bergegas keluar dari tasik itu dalam keadaan yang mencurigakan. ‘Eh diam tak jawab aku. Ha! betullah cakap orang di sekolah tentang dia ni, berkawan pun tidak hanya c Elly lembab tu saja dekat dengan dia tu pun Elly dekat dengan dia pun sebab nak tiru jawapan’.
Nazirul saat itu tidak pernah ambil tahu tentang orang lain di sekelilingnya tapi Millieora berbeza difikirannya, membuatkan Nazirul tertarik untuk mengetahui siapa dirinya yang penuh rahsia itu. ‘Ah pedulilah! Tidur lebih baik senja nantilah baru balik’.
Tanpa disedari hari sudah semakin ditelan malam. Nazirul melihat jam bergerak dengan pantas. Nazirul cuba bangun dan memaksa badannya untuk pulang ke rumah.
Sampai saja di rumah melihat kakaknya Anna memakai pakai yang lawa dan berwangi-wangian.
“Kak nak pergi mana?” Nazirul mengajukan soalan.
“Zi bagi tahu mak akak pergi rumah Sofia tau” kata Anna tanpa memperdulikan soalan Nazirul.
“Sofia ke Sofian?”. Sindiran Nazirul kepada Anna. Anna langsung tidak memperdulikannya dan langsung keluar dari rumah.
Kelibat kereta persona kelabu yang berhenti di depan rumah. “Zi kalau nak makan ada meggi dalam almari pandai-pandailah kaulah macam mana nak masak okay! Bye!” kata Anna, Nazirul tidak memperdulikannya dan terus berlalu pergi. Seumur hidupnya, hanya sekali Anna masak untuknya ketika Nazirul mengalami kecederaan dikaki kanannya.
Amnah ibu mereka pada waktu sebegini masih lagi sedang bekerja sebagai seorang jurawat dan demi kelangsungan hidup mereka. Amnahlah yang mencari rezeki buat mereka berdua setelah bercerai dengan suaminya semenjak Nazirul dan Anna masih kecil. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah sederhana, suami Amnah tidak pernah bertemu dengan mereka lagi sejak perceraian itu.
Amnah, bertungkus lumus mencari rezeki untuk mereka. Anna pula masih lagi menuntut di universiti. Anna sebelum ini seorang yang sangat sopan dan tidak pernah keluar malam. Sejak perkenalannya dengan seorang lelaki yang dikenalinya menerusi laman sesawang Anna mulai berjinak-jinak dengan dunia luar. Mereka adik-beradik tidak mencampuri urusan sesama sendiri. Amnah yang sering sibuk tidak tahu apa yang dilakukan oleh anak perempuannya selama ini.
“Lambat mak balik”. Nazirul terjaga dari tidur kerana mendengar bunyi dari dapur. “Ha’ah, banyak kerja kat hospital tadi, Zi kamu dah makan? Kakak mana?”. Kata Amnah sambil meneguk air putih.
Walaupun Amnah dalam keletihan beliau tetap bertanya soal mereka. Nazirul hanya menjawab seperti yang diminta oleh Anna. Amnah mulai risau dengan tingkah laku Anna yang semakin hari jarang berada di rumah.
Hari yang paling dinantikan oleh setiap para pelajar sekolah untuk bercuti tanpa perlu hadir ke sekolah. Terutamanya Nazirul, Nazirul selalunya membuat kerja sampingan di bengkel Hj. Saat. Hj. Saat, merupakan orang yang sangat dihormati oleh Nazirul. Hj. Saat tidak memandang rendah terhadap orang lain meskipun beliau mempunyai harta. Malahan, beliau tidak pernah kedekut ilmu.
“Ha Nazi macam mana sekolah?”
“Sekolah? Masih lagi kat Jalan Masak Pak Ji. Tak pindah pun”. Kata Nazirul bergurau.
“Hmmm… Budak ni” Hj. Saat mengetap bibirnya menahan dari marah. Nazirul hanya ketawa dengan tingkahlaku Hj. Saat itu.
“Oi! Kenapa kereta aku ada calar?!” kata salah seorang pelanggan.
“Maaf encik, tapi kami hanya menukar tayar bahagian depan kami tak usik langsung bahagian belakang” Kata Deman.
“Amboi, jadi kau ingat calar tu wujud tiba-tiba?!”
Nazirul dan Hj. Saat bergegas ke tempat mereka dan cuba mengetahui apa yang sedang berlaku kepada pelanggan tersebut.
“Dah kenapa tu Deman? Maaf encik, mungkin pekerja saya sedikit cuai sedikit ketika buat kerja. Mana calarnya itu encik?”
‘kenderaan ini seperti aku selalu nampak’ bicara Nazirul dalam hati. Nazirul hanya mendiamkan diri melihat situasi itu. Hj. Saat cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan membayar pelanggan itu atas kecuaian yang dilakukan Deman walaupun tidak siapa tahu punca kereta tersebut calar.
“Pak Ji kami tak pernah calarkan kereta orang, lagi pun haru ni bukan ramai pelanggan pak Ji, kami kat depan je” kata Deman membela diri.
“Tidak apa la Deman rugi sikit tak pa, lagipun bengkel kita ni tidak ada CCTV jadi kita takde bukti. Pemuda tadi bukan senang nak berbincang, lupakan sajalah” Kata Hj. Saat dengan lembut. Deman hanya terdiam dan tak berkata apa.
“Deman kau dah makan ke?”. Kata Nazirul cuba untuk menyenangkan hatinya.
“Aku tak ada selera nak makan Nazi”. Balas Deman masih lagi mengingati peristiwa tadi. “Orang tadi tu aku kenal Nazi, orang tu selalu buat masalah kat bandar.. ha! hari tu pun dia pernah bergaduh dengan seorang pekerja restoran”. Nazirul yang kusyuk makan memberikan sepenuh tumpuan kepada cerita Deman.
“Siapa pelanggan tadi”. Kata Nazirul, “Orang-orang cakap bapa ayam, orang yang cakap aku tak tahu betul ke tak”
“Kalau ramai orang cakap betullah tu” kata Nazirul lagi. Nazirul berusaha mengingat kembali siapa sebenarnya lelaki tadi.Selesai saja pekerjaannya, Nazirul balik ke rumah agak lewat meskipun hari ini kerja di bengkel tidaklah terlalu sibuk.
Dalam perjalanan pulang Nazirul ternampak seorang lelaki dipukul oleh 2 orang lelaki yang berpakaian sebar hitam. ‘eh? Pelanggan yang berang tadi’ Lelaki ternampak Nazirul dan sedaya upaya meminta bantuannya. Nazirul ingin mengelakkan diri dan tidak mahu campuri urusan mereka.
“Tengok apa?” kata salah seorang lelaki yang memukul pelanggannya. Nazirul tak peduli dan terus berlalu pergi.“Hahaha!! budak lorong ada hati nak jadi penyelamat” Nazirul terdengar ayat lelaki tersebut membuatkan hatinya sangat marah. Nazirul datang semula dan membelasah kedua lelaki tadi. ‘Pantang betul aku kena hina, nasiblah kau makan penumbuk aku’. Nazirul bengang dengan 2 orang lelaki tadi membelasah mereka dengan seni mempertahankan diri yang dipelajari di sekolahnya.
“Ha!! terima kasihlah tolong aku tapi aku panggil kau banyak kali, 3 kali mereka tumbuk aku baru kau nak tolong?”
“Dah kena tolong perangai masih lagi macam bangang”. Nazirul dengan hati yang masih marah dapat lagi orang yang tidak pandai terima kasih.
“Apa kau cakap?!”
Nazirul meneruskan perjalanannya pulang ke rumah tanpa menghiraukan lelaki tersebut. ‘Kalau lelaki macam ni lah kakak aku bawa memang aku kejar dengan parang’. Nazirul sangat geram dan tidak senang dengan ucapan lelaki tadi walaupun setelah di tolong.
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments