Daniera menatap setiap isi rumah yang telah yang dia tinggalkan semenjak ayahnya meninggal dunia 3 bulan lepas. Rumah tersebut kian usang dan kurang pengawasan oleh Daniera. Perabot-perabotnya juga, berubah warna dan berhabuk. Daniera terduduk dan mengimbas kembali perjuangnya bersama ayahnya di rumah ini, bertapa susahnya hidup mereka ketika itu.
Kini Daniera merupakan seorang peguam yang amat dikenali dan disegani. Tiada kes, yang tidak dapat dia selesaikan. Bagi Daniera wang adalah segalanya. Tidak kira siapa anak guamannya, baik atau jahat dia akan pastikan anak guamannya menang dalam setiap kes.
‘Kalaulah aku sempat memberikan kesenangan hidup kepada ayah ketika beliau masih hidup, alangkan bahagianya kami’. Daniera tersenyum sambil menitiskan air mata ketika melihat gambar-gambarnya bersama ayahnya. Ayahnya meninggal dalam keadaan tenang ketika tidur tanpa sebarang penyakit. ‘Indah sungguh senyuman ayah ketika itu’.
Daniera ke ruangan bilik ayahnya lalu duduk di katil sambil melihat-lihat keadaan bilik. Daniera membuka sebuah kotak yang diberikan oleh ayahnya sebelum ayahnya meninggal. Bila Daniera membuka kotak itu, di dalamnya terdapat banyak gambar-gambar kenangan ayah bersama rakan-rakan sekolah beliau. Terdapat juga keratan akhbar serta surat, ‘Wajah wanita ini persis seperti aku’. Daniera mengambil sebuah esei dengan nama yang pernah dia dengar ‘Millieora’.
28 tahun lalu…..
(Pertemuan)
Hari pertama persekolah setelah tamat cuti sekolah selama 1 bulan. Bermulalah hari yang mengembirakan bagi para pelajar yang merindukan suasana di sekolah malang sekali, bukan semua pelajar di sekolah Smk Wira Permata ini berminat untuk belajar.
‘Ahh… Bilalah sekolah nak habis ni’
Nazirul Aslan merupakan pelajar kelas kedua terakhir di tingkatan 4 sekolah ini. Baginya sekolah tempat yang membosankan. Nazirul datang ke sekolah hanya untuk bermain bola sepak. Benda lain? Tiada makna baginya. Niat untuk belajar tidak pernah difikirkan.
Cikgu Azia menuju ke kelas dengan membawa seorang pelajar baru di kelas 4 harmoni yang terletak agak hujung di tingkat satu bangunan itu.
”Selamat pa….”. “Cikgu kenapa dengan muka dia tu? Hahaha” Belum sempat Cikgu Azia mengucapkan selamat pagi Ronny mencelah dengan kata-kata sindiran.
“Ronny sepertinya kamu perlu belajar untuk beradab sopan dengan orang lain”.Tambahannya lagi, “Semua perkenalkan pelajar baru di kelas ini”. Cikgu Azia menyuruh pelajar tersebut mengucapkan salam perkenalan.
“Selamat pagi, nama saya Millieora Binti Mazim boleh panggil Millie. Selamat berkenalan semua”. Millieora hanya menundukkan kepalanya dan tidak melihat siapapun.
Millieora memiliki parut yang agak besar dibahagian pipi kirinya hingga ke mata. Tubuh badan Millieora agak kurus dan dia kelihatan agak lesu seperti orang yang keletihan. ‘Muka dia cantik tapi disebabkan parut tu kecantikannya tengelam’. Kata Nazirul dalam hati.
“Kenapa muka kau tu? Jatuh? Atau kau kaki gaduh?” Semua orang ketawa dengan kata-kata Nazirul. Baginya, dia hanya ingin tahu apa yang terjadi kepada Millieora sehingga memiliki parut sebesar itu. Millieora tidak menjawab pertanyaan itu dan hanya diamkan diri.
“Hi Millieee! jangan layan soalan-soalan tidak masuk akal mereka tu.. salam kenal Millie”. Kata Nichie sambil senyum melihat Millieora. Cikgu Azia yang dari tadi yang bersabar dengan perangai mereka mencelah “Sudahlah tu, cikgu harap sangat kamu semua berbaik-baik dengan Millieora dia pelajar yang sangat bijak disebabkan dia mengambil aliran yang sama dengan kelas kamu maka dia ditempatkan di kelas ini”
“Kenapa budak bijak masuk sekolah macam ni? Mesti kena buang sekolah” soal Felly dengan kata-kata kasar. Cikgu Azia sangat marah berkata,“Sudah diam! Jangan menilai seseorang dari luaran faham semua! Okay Millieora kamu boleh duduk sebelah dengan Nazirul”.
“Baik cikgu” Millieora tersenyum dan terus bergerak ke meja sebelah dengan Nazirul. Millieora duduk dan senyum ke Nazirul tetapi, Nazirul tidak membalas senyumannya. Disebabkan masih lagi tidak berpuas hati dengan Millieora yang tidak menjawab pertanyaannya.
(Waktu rehat)
“Millie, saya Elly jom kita ke kantin” Kata Elly. Millieora mengeluarkan bekalannya dari dalam beg.
“Wah Millie ada bawa bekallah kita orang kat sini semua makan beli saja, rajin betul ibu Millie masak ya hihi” Kata Elly. Millieora hanya tersenyum dan mengikut Elly.
Ketika di kantin semua orang memandang Millieora dengan pandangan yang pelik, tiada riak wajah simpati yang mereka berikan. Mereka berasa, rupa paras Millieora yang berparut menakutkan.
“Kenapa muka dia tu”.
“Budak ni mesti gangster dulu, tulah masuk sekolah ni”.
“Badan kecil macam tu pun kaki pukul ke?”
“Kalau aku, aku malu doh! Muka macam tu, baik pakai mask”
Bermacam-macam lagi pandangan dan andaian semua orang di kantin ketika itu, tiada seorang pun mahu menegur Millieora. Mereka beranggapan Millieora seorang pelajar bermasalah. Millieora hanya diamkan diri dan tidak memperdulikan kata-kata mereka.
Tamat saja waktu rehat semua pelajar kembali ke kelas masing-masing. Bermula saja kelas Nazirul mengorak langkah untuk tidur terutama sekali kelas Cikgu Soraya. Cikgu Soraya sangat masak dengan perangainya yang tidak mengambil perhatian kepada pelajaran bermula.
“kamu pelajar baru sila baca muka surat 12 rangkap pertama” Kata cikgu Soraya. “Baik cikgu..” kata Millieora tanpa sebarang bantahan.
“Cikgu boleh tak orang lain saya takut tengok muka dia cikgu, suara dia lagilah nanti saya termimpi-mimpi cikgu”. Kata Idris dengan nada bergurau. Semua pelajar dalam kelas tertawakan Millieora termasuk Nazirul.
“Mulut kamu ni Idris, sudahlah kerja rumah yang cikgu bagi kamu tak siapkan jangan sampai cikgu bawa kamu ke bilik disiplin” tegas cikgu Soraya.
Millieora tetap meneruskan apa yang di minta oleh cikgu Soraya dan menghiraukan kata-kata Idris. Idris sangat sakit hati terhadap Millieora yang tidak memperdulikan katanya.
Waktu persekolah telahpun tamat semua pelajar bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Idris mencari pasal dengan Millieora, Idris menarik beg Millieora secara kasar dan mencampak ke lantai. Millieora tergamam dengan perbuatan Idris yang biadap. Millieora tidak berkata apa-apa hanya menundukkan badannya dan mengutip semula begnya yang Idris campakkan.
“Lain kali kita perlu juga dengan kata-kata orang sekeliling”. Kata Idris melepaskan marahnya kepada Millieora lalu beredar sambil melanggarnya bahunya.
Nazirul yang disebelah Millieora langsung tidak membantunya, Nazirul tidak mahu mencampuri urusan orang lain dan pergi membawa dirinya keluar.
Nazirul bergerak keluar dari kelas dan melihat seseorang menunggunya dari tadi. Nazirul melihat Nichie yang tersenyum membawakan coklat untuknya. ‘Kenapalah aku mesti bertembung dengan dia ni bukankah dia lebih awal keluar tadi’. Keluh Nazirul.
“Nazi aku ada sesuatu untuk kau, aku tahu kau tak..“ Kata Nichie yang terhenti dengan perbuatan Nazirul yang merampas coklat itu.
“Terima kasih aku akan makan coklat ini dengan plastiknya sekali”. Lalu Nazirul bergegas pergi. Tanpa mempedulikan Nichie yang masih berdiri disitu.
Nichie merupakan seorang anak orang kaya di sekolah ini. Setiap kali pertemuan PIBG di sekolah, apa saja yang ayahnya katakan sentiasa di sokong. Pengaruh ayah Nichie sangat kuat terhadap sekolah. Bagi Nazirul, dia tidak pernah ingin mendekatinya atau memiliki perasaan suka terhadap Nichie kerana Nichie seorang yang sangat bahaya. Sebelum ini, Nichie juga menjalinkan hubungan dengan senior popular di sekolah ini. Setelah putus dikhabarkan tidak lagi bersama, secara tiba-tiba senior tersebut dibuang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang teruk.
Perjalanan Nazirul pulang ke rumah mengambil masa hanya 10 minit berjalan kaki tapi, Nazirul lebih suka menghabiskan masanya di tasik berdekatan dengan sekolah. Sambil berteduh di bawah pokok Nazirul hanya termenung sambil terbaring di pinggir tasik. Fikirannya melayang, baginya tiada yang menarik di sekolah. Nazirul hanya ingin pergi jauh dari semua orang. Nazirul mengeluarkan coklat yang diberikan oleh Nichie dari poketnya.
“eh! Perempuan gila tu letak racun kali dalam ni tak sanggup aku nak makan” Nazirul membuat andaian bahawa Nichie cuba meracuninya. Lalu dia membuang coklat itu ke dalam tong sampah. Nazirul mengeluarkan rokok yang sembunyikan di dalam kasut. Ibu dan kakaknya tidak tahu yang selama ini dia merokok. Hasil ajaran tidak baik dia pelajari dari Idris dan rakan-rakan yang lain.
Sambil merokok Nazirul terlihat kelibat seorang perempuan yang memakai baju sekolah. Dia cuba memerhatikan perempuan itu dengan lebih teliti. ‘Eh budak parut tu, waktu macam ni dia belum balik lagi? apa dia buat kat sana waktu-waktu macam ini? Budak pelik’ kata Nazirul dalam hati.
Tasik ini agak jauh dari kawasan pekan. Penduduk sekitar sini jarang datang ke tasik ini tetapi, Nazirul pula menganggap tasik ini tempat yang sesuai untuknya menghilangkan diri dari pandangan semua orang.
“Hoi! Kau buat apa kat sana?!” jerit Nazirul.
Setelah Millieora menyedari seseorang menjeritnya. Millieora kelihatan terkejut dan pucat, tangannya dengan pantas memasukkan sesuatu semula ke dalam begnya. Lalu Millieora bergegas keluar dari tasik itu dalam keadaan yang mencurigakan. ‘Eh diam tak jawab aku. Ha! betullah cakap orang di sekolah tentang dia ni, berkawan pun tidak hanya c Elly lembab tu saja dekat dengan dia tu pun Elly dekat dengan dia pun sebab nak tiru jawapan’.
Nazirul saat itu tidak pernah ambil tahu tentang orang lain di sekelilingnya tapi Millieora berbeza difikirannya, membuatkan Nazirul tertarik untuk mengetahui siapa dirinya yang penuh rahsia itu. ‘Ah pedulilah! Tidur lebih baik senja nantilah baru balik’.
Tanpa disedari hari sudah semakin ditelan malam. Nazirul melihat jam bergerak dengan pantas. Nazirul cuba bangun dan memaksa badannya untuk pulang ke rumah.
Sampai saja di rumah melihat kakaknya Anna memakai pakai yang lawa dan berwangi-wangian.
“Kak nak pergi mana?” Nazirul mengajukan soalan.
“Zi bagi tahu mak akak pergi rumah Sofia tau” kata Anna tanpa memperdulikan soalan Nazirul.
“Sofia ke Sofian?”. Sindiran Nazirul kepada Anna. Anna langsung tidak memperdulikannya dan langsung keluar dari rumah.
Kelibat kereta persona kelabu yang berhenti di depan rumah. “Zi kalau nak makan ada meggi dalam almari pandai-pandailah kaulah macam mana nak masak okay! Bye!” kata Anna, Nazirul tidak memperdulikannya dan terus berlalu pergi. Seumur hidupnya, hanya sekali Anna masak untuknya ketika Nazirul mengalami kecederaan dikaki kanannya.
Amnah ibu mereka pada waktu sebegini masih lagi sedang bekerja sebagai seorang jurawat dan demi kelangsungan hidup mereka. Amnahlah yang mencari rezeki buat mereka berdua setelah bercerai dengan suaminya semenjak Nazirul dan Anna masih kecil. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah sederhana, suami Amnah tidak pernah bertemu dengan mereka lagi sejak perceraian itu.
Amnah, bertungkus lumus mencari rezeki untuk mereka. Anna pula masih lagi menuntut di universiti. Anna sebelum ini seorang yang sangat sopan dan tidak pernah keluar malam. Sejak perkenalannya dengan seorang lelaki yang dikenalinya menerusi laman sesawang Anna mulai berjinak-jinak dengan dunia luar. Mereka adik-beradik tidak mencampuri urusan sesama sendiri. Amnah yang sering sibuk tidak tahu apa yang dilakukan oleh anak perempuannya selama ini.
“Lambat mak balik”. Nazirul terjaga dari tidur kerana mendengar bunyi dari dapur. “Ha’ah, banyak kerja kat hospital tadi, Zi kamu dah makan? Kakak mana?”. Kata Amnah sambil meneguk air putih.
Walaupun Amnah dalam keletihan beliau tetap bertanya soal mereka. Nazirul hanya menjawab seperti yang diminta oleh Anna. Amnah mulai risau dengan tingkah laku Anna yang semakin hari jarang berada di rumah.
Hari yang paling dinantikan oleh setiap para pelajar sekolah untuk bercuti tanpa perlu hadir ke sekolah. Terutamanya Nazirul, Nazirul selalunya membuat kerja sampingan di bengkel Hj. Saat. Hj. Saat, merupakan orang yang sangat dihormati oleh Nazirul. Hj. Saat tidak memandang rendah terhadap orang lain meskipun beliau mempunyai harta. Malahan, beliau tidak pernah kedekut ilmu.
“Ha Nazi macam mana sekolah?”
“Sekolah? Masih lagi kat Jalan Masak Pak Ji. Tak pindah pun”. Kata Nazirul bergurau.
“Hmmm… Budak ni” Hj. Saat mengetap bibirnya menahan dari marah. Nazirul hanya ketawa dengan tingkahlaku Hj. Saat itu.
“Oi! Kenapa kereta aku ada calar?!” kata salah seorang pelanggan.
“Maaf encik, tapi kami hanya menukar tayar bahagian depan kami tak usik langsung bahagian belakang” Kata Deman.
“Amboi, jadi kau ingat calar tu wujud tiba-tiba?!”
Nazirul dan Hj. Saat bergegas ke tempat mereka dan cuba mengetahui apa yang sedang berlaku kepada pelanggan tersebut.
“Dah kenapa tu Deman? Maaf encik, mungkin pekerja saya sedikit cuai sedikit ketika buat kerja. Mana calarnya itu encik?”
‘kenderaan ini seperti aku selalu nampak’ bicara Nazirul dalam hati. Nazirul hanya mendiamkan diri melihat situasi itu. Hj. Saat cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan membayar pelanggan itu atas kecuaian yang dilakukan Deman walaupun tidak siapa tahu punca kereta tersebut calar.
“Pak Ji kami tak pernah calarkan kereta orang, lagi pun haru ni bukan ramai pelanggan pak Ji, kami kat depan je” kata Deman membela diri.
“Tidak apa la Deman rugi sikit tak pa, lagipun bengkel kita ni tidak ada CCTV jadi kita takde bukti. Pemuda tadi bukan senang nak berbincang, lupakan sajalah” Kata Hj. Saat dengan lembut. Deman hanya terdiam dan tak berkata apa.
“Deman kau dah makan ke?”. Kata Nazirul cuba untuk menyenangkan hatinya.
“Aku tak ada selera nak makan Nazi”. Balas Deman masih lagi mengingati peristiwa tadi. “Orang tadi tu aku kenal Nazi, orang tu selalu buat masalah kat bandar.. ha! hari tu pun dia pernah bergaduh dengan seorang pekerja restoran”. Nazirul yang kusyuk makan memberikan sepenuh tumpuan kepada cerita Deman.
“Siapa pelanggan tadi”. Kata Nazirul, “Orang-orang cakap bapa ayam, orang yang cakap aku tak tahu betul ke tak”
“Kalau ramai orang cakap betullah tu” kata Nazirul lagi. Nazirul berusaha mengingat kembali siapa sebenarnya lelaki tadi.Selesai saja pekerjaannya, Nazirul balik ke rumah agak lewat meskipun hari ini kerja di bengkel tidaklah terlalu sibuk.
Dalam perjalanan pulang Nazirul ternampak seorang lelaki dipukul oleh 2 orang lelaki yang berpakaian sebar hitam. ‘eh? Pelanggan yang berang tadi’ Lelaki ternampak Nazirul dan sedaya upaya meminta bantuannya. Nazirul ingin mengelakkan diri dan tidak mahu campuri urusan mereka.
“Tengok apa?” kata salah seorang lelaki yang memukul pelanggannya. Nazirul tak peduli dan terus berlalu pergi.“Hahaha!! budak lorong ada hati nak jadi penyelamat” Nazirul terdengar ayat lelaki tersebut membuatkan hatinya sangat marah. Nazirul datang semula dan membelasah kedua lelaki tadi. ‘Pantang betul aku kena hina, nasiblah kau makan penumbuk aku’. Nazirul bengang dengan 2 orang lelaki tadi membelasah mereka dengan seni mempertahankan diri yang dipelajari di sekolahnya.
“Ha!! terima kasihlah tolong aku tapi aku panggil kau banyak kali, 3 kali mereka tumbuk aku baru kau nak tolong?”
“Dah kena tolong perangai masih lagi macam bangang”. Nazirul dengan hati yang masih marah dapat lagi orang yang tidak pandai terima kasih.
“Apa kau cakap?!”
Nazirul meneruskan perjalanannya pulang ke rumah tanpa menghiraukan lelaki tersebut. ‘Kalau lelaki macam ni lah kakak aku bawa memang aku kejar dengan parang’. Nazirul sangat geram dan tidak senang dengan ucapan lelaki tadi walaupun setelah di tolong.
Para pelajar di kelas 4 harmoni, kebanyakkan berusaha membuat kerja rumah yang mereka abaikan ketika cuti, ada juga yang tidur sebelum kelas bermulakan. Nazirul dalam keadaan santai dan mengantuk mulai sedar bahawa dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan cikgu Ravin minggu lepas.
“Alamak aku lupa esei kita hari ni hantar”. Kata Nazirul yang berpura-pura mencari. Selama 2 hari bercuti Nazirul hanya sibuk kerja sambilan tanpa mempedulikan kerja sekolah yang di bagi sekolah.
“Mana sempat kau copy sekarang Nazi tak lama lagi cikgu masuk”. Kata Ronny.
“Haha aku dan copy esei Nichie kemarin selamat aku”. Kata Idris sambil tersenyum. Mereka berdua tidak sabar melihat Nazirul di denda oleh cikgu.
“Nichie? Yakinlah kau dengan esei dia tu paling pun dia buat tentang Nazi je tu”. Ronny cuba bergurau, kebanyakkan pelajar sudah mengetahui Nichie meminati Nazirul disebabkan Nichie adalah pelajar popular di sekolah itu gosip tentang tersebar dengan pantas.
“Kau diamlah”. Kata Nazirul yang dari tadi bingung di tambah lagi Ronny cuba menyakitkan hatinya. Ronny sangat suka menyindir orang dan Idris pula panas baran. Antara semua guru di sekolah ini cikgu Ravin adalah guru paling garang dan Nazirul pernah mendapat penampar sulung dari beliau.
Nazirul cuba memikirkan cara paling cepat untuk menyelesaikan masalahnya. ‘Ah! Siaplah aku kali ni’. Millieora masuk ke dalam kelas sambil mengeluarkan eseinya dan di letakkan di atas meja. Nazirul melirik esei Millieora dan dengan pantas, Nazirul mengambil esei tersebut.
“Kau nak buat apa dengan esei aku” kata Millieora yang tidak senang dengan perbuatan Nazirul.
“Ha esei ni sekarang milik aku dan kalau kau taknak ada masalah lebih baik kau diam je. Cikgu Ravin takkan marah kau mungkin sebab kau budak baru. Tapi aku rasa dia akan makin marah sebab tengok muka kau”. Sindir Nazirul sambil tersenyum bahagia dengan adanya kerja orang lain yang boleh dia ambil maka dia tidak perlu susah-susah lagi.
Nazirul dengan pantas menukar nama Millieora kepada namanya, Nazirul tidak sedar Millieora sudah berlinang air mata. Cikgu Ravin masuk saja ke kelas dan pertanyaan pertama beliau ialah esei Bahasa Melayu yang diarahnya hari jumaat lepas sebagai kerja rumah musim cuti.
“Baik semua sila letak esei kamu di atas meja dan siapa tidak siap sila berdiri”. Nazirul dengan senang hati meletakkan esei ‘nya’ di atas meja. Millieora dengan perlahan-lahan berdiri sambil mengesat air matanya.
Semua orang terkejut dengan keadaan Millieora dan memandangnya.
“Kenapa kamu nangis Millie?” Kata cikgu Ravin dengan tegas melihatnya. Nazirul pada masa itu mulai rasa tidak senang dengan sikap Millieora.
“Saya okay cikgu, saya dah siapkan esei saya cikgu ta..ppi…” kata Millieora tergagap-gagap.
“Jadi mana? Kenapa kamu nangis?”. Kata cikgu Ravin sekali lagi. Masa itu, Nazirul sangat gelisah dan berharap Millieora tidak melibatkannya dalam masalah ini.
“Nazi ambil cikgu”. ‘Ah! Siap masak aku! Tak guna Millie’. Kata Nazirul dalam hati tidak berpuas hati dengan kata-kata Millieora. Semua orang terkejut dengan tindakan berani Millieora menyatakan perkara sebenar.
Nichie berdiri cuba membela Nazirul. “Tipu cikgu! Kemarin Nichie dan Nazi kita orang buat sama-sama” kata Nichie mempertahankan Nazirul.
“Wah kamu berdua dan macam pasangan lembab saya pernah saya nampak. Bawa sini, cikgu bukan tak tahu tulisan kamu dan pemalas kamu tu Nazi cikgu dah kenal sangat.”
Hasil siasatan cikgu Ravin tulisan yang ada di esei tersebut dan membuktikan bukan milik Nazirul. Cikgu Ravin sangat marah dengan apa yang dilakukan oleh Nazirul. Sebagai hukum dibawa kepada pengetua sekolah dan mendapat tindakan disiplin, Nichie juga turut mendapat hokum sama kerana bersubahat.
Millieora tidak sangka tindakan yang dilakukan akan menyebabkan permulaan bagi nasib malang yang bakal menimpanya. Nazirul menyimpan dendam sebab dimalukan. Mulai merancang sesuatu untuk kenakannya, Nichie juga, bergambung untuk membuli Millieora di sekolah.
1..2…3!!!
Sebuah baldi berisi air longkang jatuh ke kepala Millieora dari tingkat satu ketika Millieora sedang berjalan pulang ke rumah.
“Yes! Tepat sasaran”.
Mereka berlima Nazirul, Nichie, Felly, Idris dan Ronny bertepuk tangan kerana berjaya mengenakan Millie. Pelajar-pelajar yang lalu tidak mempedulikan Millieora hanya memandang saja sebab sangat takut dengan mereka berlima.
Setiap hari mereka membuli Millieora dengan bermacam-macam cara. Sampaikan mereka ke rumah Ronny untuk menyiapkan teknik baru bagi membuli Millieora. Nazirul sangat berpuas hati dapat membalas perbuatan Millieora dan membuatnya suka mempunyai tujuan ke sekolah.
Pemilihan pemain bola sepak sekolah sudah semakin hampir. Nazirul sangat semangat membawa pakaian kelengkapan sukannya. Beraksi di padang merupakan kegembiraan Nazirul.
“Ron cepatlah kau ni lambat betul”. Kata Nazirul sudah tidak sabar untuk beraksi semula. Mereka bergegas ke padang, sudah pastinya pelajar perempuan bersorak melihat mereka masuk.
“Nazi! You go Nazil!!”. Kata Nichie dari arah tempat duduk. Sejak akhir-akhir ini Nazirul dan Nichie mulai rapat sejak mereka bersatu membuli Millieora.
“Lepas saja kita jadi senior nanti pasti kita paling top!”. Kata Ronny tersenyum dengan bangga.
“Kau tu bukan pandai sangat main, sikit-sikit kad merah. Hahaha” kata Nazirul sambil ketawa.
“Itu kata kau”. Balas Ronny tidak berpuas hati dengan jawapan Nazirul. Sebut saja pasal bola tiada yang dapat melawan sekolah kami setakat ini.
Setelah tamat saja perlawanan friendly antara sekolah lain. Nichie datang membawakan air serta tuala untuk Nazirul. Pelajar lain sudah mulai bergosip dan beranggapan Nazirul telah jatuh ke tangan Nichie.
“Nazi ambil ni minum mesti kau penatkan lari-lari” Kata Nichie yang langsung tidak tahu soal bola.
“Lari-lari? Kalau lari saja bagus ikut marathon, hahaha..” Balas Nazirul, Nazirul dan Ronny mentertawakan kata Nichie.
“Wow cikk adikkk.. takkan untuk Nazi je, aku punya handsome macam Brad Pitt ni kau tak pandang pula”. Kata Ron tidak berpuas hati.
“Muka kau macam Ron Weasley adalah”. Balas Nichie setelah ditertawakan, mereka semua ketawa dengan sindiran Nichie. Ronny hanya mengetap bibir dan tidak berani berkata-kata kerana takut dengan Nichie.
“Kenapa diam? Mengaku juga kau ya?”. Tambah Nazirul menambahkan lagi marah Ronny.
“Ah bla lah aku.. baik aku cari makan”. Kata Ronny beredar meninggalkan Nazirul dengan Nichie. Nazirul mulai tidak senang dengan keberadaan Nichie dengan aku.
“Nazi lepas ni apa plan kau”. Kata Nichie dengan harapan untuk lebih dekat dengan Nazirul. ‘Baru layan sikit dah touching’.
“Aku bla dulu Nichie ada hal nak buat”. Nazirul memasukkan barang-barangnya ke dalam beg dengan pantas. Tanpa mempedulikan Nichie, Nichie tidak berpuas hati dengan jawapan Nazirul cuba untuk mengejarnya. Tapi Nazirul cepat-cepat bersembunyi di belakang bangunan sekolah.’Minah ni gila juga dia ni, siap main kejar-kejar lagi’. Nazirul dengan pantas keluar dari sekolah itu mengharapkan tidak terserempak dengan Nichie.
Ketika Nazirul sedang berjalan, Nazirul terfikir semula wanita kelibat perempuan yang bersembunyi di belakang bangunan sekolah tadi. Perempuan itu seperti mengintainya. ‘Mungkin perasaan aku saja, atau memang ada orang mengintai aku?’
Download NovelToon APP on App Store and Google Play