Ghost Hunter (Short Story)
00:01 √
Di sebuah ruang tamu, seorang remaja lelaki sedang duduk di atas sofa sambil menatap layar telefonnya.
Bukan bermain telefon, tetapi sedang menunggu khabar daripada seseorang yang sudah menghilang selama dua hari.
Namun, orang yang ditunggu untuk menelefon ataupun menghantar mesej kepadanya masih tidak memberi khabar
Keyza
*Mengeluh dan bangun dari tempat duduknya*
Keyza
*Berjalan ke arah anak tangga*
Baru saja ingin membuka langkah untuk menaiki anak tangga, tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi
Secara tidak langsung di dalam fikirannya muncul sosok figura yang sedang ditunggu-tunggunya. Hatinya tidak berhenti membisikkan nama figura tersebut
Keyza
*Memutarkan badannya dan menatap pintu utama beberapa saat sebelum berjalan ke arah pintu itu*
Langkahnya berhenti apabila sudah berada tepat di pintu utama. Tangannya bergerak untuk memutarkan tombol pintu
Keyza
*Menarik nafas lalu menghembuskannya*
Keyza
*Memutarkan tombol pintu lalu membukanya*
Keyza agak terkejut apabila melihat orang yang ditunggu-tunggunya akhirnya betul-betul sudah pulang ke rumah.
Remaja lelaki itu terlihat basah kuyup disebabkan hujan yang lebat
Keyza
Aiden....*menatap remaja itu dengan wajah yang bercampur-aduk*
Aiden
S-senior, kenapa tengok saya macam tu?
Keyza tidak menyahut soalan Aiden melainkan terus memeluk tubuh kecil remaja itu, atau lebih tepat adiknya
Keyza
Ke mana kau pergi selama dua hari ini? *tanyanya dengan nama risau sambil memeluk Aiden dengan erat*
Aiden
Aku...tak ada pergi mana-mana pun...
Keyza
Habis tu kenapa tak balik selama dua hari ini? Abang ingatkan adik kena culik tau tak..*katanya lagi dengan nada yang sedih*
Aiden
M-maaf....*sambil membalas pelukan Keyza*
Keyza
*melepaskan pelukan dan menatap Aiden dengan tatapan serius* Jujur dengan abang. Kamu pergi ke mana selama dua hari ini?
Aiden
A-aku... Sebenarnya aku dekat hopital..
Aiden
S-sebab aku kena langgar motorsikal selepas balik dari kafe Blaze
Aiden
T-tapi nasib baiklah pemandu motorsikal tu bertanggungjawab dan hantar aku ke hospital..*jawabnya tersekat-sekat kerana sedang menipu dan berharap abangnya akan mempercayainya*
Keyza
K-kena langgar!? Kenapa tak beritahu awal-awal!? *tanyanya agak marah serta risau*
Aiden
M-maaf...telefon aku...dah rosak *agak ketakutan apabila mendengar suara Keyza yang kian meninggi*
Keyza
Ada mana-mana anggota badan yang terluka tak?
Aiden
*Menggelengkan kepalanya*
Keyza
Baguslah kalau tak terluka
Keyza
Cepat masuk, nanti kamu demam pula
Keyza
*sambil menarik Aiden masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu*
Keyza
Pergilah mandi dulu. Abang pergi masak makanan kegemaran kamu.
Keyza
Jangan risau tentang telefon kamu, abang akan beli yang baru esok
Aiden
*Hanya membalas dengan anggukan dan menaiki anak tangga*
Keyza
*Berjalan ke arah dapur*
Comments
Getoutofmyway
Keren banget, semoga ceritanya terus berkualitas author!
2025-02-02
1