Mentari pagi menyapa lembut di halaman sekolah. Aina dan Laila berjalan seiring menuju ke kelas. Sejak darjah satu, mereka tidak pernah berpisah. Segala suka dan duka dikongsi bersama.
Aina seorang pelajar yang pendiam, manakala Laila periang dan suka membantu. Walaupun berbeza sikap, mereka saling melengkapi. Suatu hari, Aina jatuh sakit dan tidak dapat hadir ke sekolah selama seminggu. Laila setiap hari datang menziarahi, membawa kerja sekolah dan menghiburkan Aina dengan cerita lucu.
Namun, selepas Aina sembuh, muncul khabar angin yang tidak benar. Ada rakan yang menuduh Aina sengaja ponteng sekolah. Aina berasa sedih dan malu. Hanya Laila yang tetap mempercayainya. Dengan berani, Laila mempertahankan sahabatnya di hadapan semua pelajar.
Kebenaran akhirnya terbukti. Guru kelas menjelaskan bahawa Aina memang diberi cuti sakit oleh dokter. Aina terharu dengan kesetiaan Laila. Mereka berdua berpelukan sambil menitiskan air mata kegembiraan.
Sejak itu, Aina sedar bahawa sahabat sejati bukan hanya bersama ketika gembira, tetapi juga tetap setia ketika diuji. Persahabatan mereka kekal mekar seperti bunga yang tidak layu disirami kasih dan kejujuran.
Pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita diatas.
1.sahabat sejati sentiasa bersama dalam susah dan senang.
2.Kesetiaan dan kejujuran mengukuhkan hubungan persahabatan.
3.Jangan muda mempercayai khabar angin tanpa mengetahui kebenaran.