Dear Me,
1-9-20**
beberapa hari ni sebelum tidur akan selalu ada bayangan aneh yang menurut ku menarik untuk diingati.
bayangan tu berkisahkan tentang aku yang bereinkarnasi menjadi seorang antagonis dalam sebuah novel.
novel Harem. Boboiboy Elemental sebagai watak utama / protagonis lelaki dan Yaya sebagai watak utama / protagonis perempuan. selebihnya watak tambahan seperti Ying, Fang dan Gopal.
Aku ni jadi Antagonis utama, iaitu Raini. Antagonis lainnya adalah Reverse Elemental, berserta satu orang lagi yang menjadi sepupu kepada Boboiboy Elemental namanya Arley. Arley rambut sama seperti Reverse Elemental yang membuatkan ramai2 berfikir Arley adalah abang kepada Reel dan bukannya sepupu Boel.
Watak Raini digambarkan berasal dari keluarga terhormat dan kaya yang membuatkan dirinya berlagak, kasar dan juga menjadi pembuli. Namun disebalik sifatnya yang jahat, dirinya sebenarnya seorang yang sangat tersiksa. dari sudut pandangnya semua hanya tahu menyalahkannya tanpa mengetahui penyebab dirinya berubah menjadi perwatakan yang begitu.
Raini tidak membuli seseorang tanpa sebarang sebab, semua mangsa buli nya adalah seseorang yang selalu merendahkan dan menghina orang, seorang yang suka menyebarkan fitnah, bahkan ada yang mempunyai rekod kriminal namun membayar orang-orang untuk tutup mulut. bahkan semua mangsa buli adalah lebih kejam dari dirinya sekiranya semua orang tahu dan setelah masuk kr dalam novel ini aku bahkan baru tahu akan fakta menarik tentang Yaya iaitu pameran utama novel ini.
Yaya yang diceritakan seorang gadis baik, sopan dan tegas nyatanya adalah seseorang yang suka menyebarkan fitnah tentang Raini. Raini yang bersikap seorang snaagt emosi dengan sesiapa yang mulakan pergaduhannya menjadikan Yaya sebagai mangsa buli nya yang utama kerana semua fitnah yang Yaya sebarkan sehingga tiada satu pun yang berani dekat dengan Raini.
Namun sejak Aku yang menjadi Raini, Aku yang tahu alurnya sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai strategi dan mengelakkan diri dari semua para Boel. Raini yang aslinya adalah seorang yang ceria dan Hyper bertukar pendiam dan bodoh amat setelah dimasuki Aku. pada mulanya semua berasa aneh namun semakin terbiasa dan para mangsa buli mula berubah. mana tidaknya aku memberi amaran keras dan berbahaya kepada mereka dengan jaminan aku tidak menyebarkan rahsia mereka dan tidak membuli mereka.
satu hari Aku ke tandas dan terdengar akan strategi Yaya yang ingin menfitnah aku dengan melukai dirinya sendiri. ' Dia fikir aku bodoh?' dan dengan gembiranya aku merakam video aksi dirinya yang melukai dirinya sendiri.
Aku segera pergi dari situ sambil smirk. "Kita lihat sekarang siapa yang menjadi protagonis."
sebenarnya agak panjang ceritanya tapi aku agak malas nak tulis panjang-panjang.jadi sampai sini saja dulu.
nanti aku tulis lagi,
Tertanda..
Yn boyvers garis keras