hai. Ini ialah lanjutan Pulau Puaka Bab 1A. Selamat menikmati.
(hanya rekaan semata-mata tidak ada ansur kejahatan)
Marina sering kali datang menghiburkan Taup. Setiap kali air mata Taup jatuh ke laut, Marina akan datang. Cintanya mula mendalam pada Taup tetapi hati dan perasaan Taup dipenuhi dendam. Ingin sekali dia melenyapkan penduduk kampung apabila besar nanti. Setiap hari Taup akan mendapat jumlah ikan yang banyak dari pertolongan Marina si ikan duyung. Akhirnya satu persatu rahsia mereka bertukar disetiap pertemuan. Taup tahu Marina anak naga laut dan mampu menukar ikan ketam apa sekali pun menjadi manusia. Akhirnya atas permintaan Taup, ingin sekali dia melihat Marina menjadi manusia. Marina bersetuju dan berubah bentuk. Itulah kali pertama Marina merasakan seseorang memandang dengan kagum. Marina menolak untuk menjadi isteri Taup awalnya kerana masih sayangkan keluarga. Tapi melihat bertapa ibu tirinya terlalu menyayangi Rokiah, maka niatnya hanya satu. Merampas insan kesayangan ibu tirinya seperti ibu tirinya merampas kebahagiaan ibunya.
Cinta Marina semakin mekar sehingga Marina sanggup mencuri rantai ayahnya. Demi untuk Taup.
" Sayang.. bolehkan sayang ambil rantai ayah mu? Ingin sekali aku menjadi makhluk laut berenang dan bernafas semahuku. Aku ingin melihat bagaimana luasnya lautan. "
Marina gembira saat rantai itu berjaya dicuri dan dibawa pergi. Dia tidak sabar menemukan Taup dengan ayahnya. Sambil tersenyum Marina menunggu Taup di pulau cintanya bersama Taup. Pulau dimana hanya dia dan Taup sahaja dapat melepasi ombak deras itu. Hanya insan yang di inginkan Marina saja mampu melepasinya. Andai bot sampan atau kapal, maka berkecailah ia tanpa izin Marina mendarat di pulau itu. Aliran laut seakan memberitahu, Taup dalan perjalanan untuk tiba. Jantung Marina gembira tidak terkata. Senyuman tidak lekang menanti Taup yang bakal tiba. Tapi akhirnya semua usaha dan cintanya sia sia. Selama 8 tahun cintanya bersemadi di jiwa kini hancur berkecai pada waktu itu.
" Kalian semua jaga dia. Jangan biarkan dia terlepas. Marina..kau tidak lagi menjadi duyung, tapi kau akan menanti disini. Aku masih perlukan anggota yang ramai."
Taup pulang ke kampung. Dia membawa salah satu jelmaan yang sudah bertukar. Saat mendarat, jelmaan itu tidak mahu lama di darat. Jelmaan itu muntah teruk dan seakan gila. Taup dan jelmaan itu duduk di jeti. Lama Taup memikirkan, dia mahu membina rumah di atas laut agar cita citanya tercapai.
Malam itu genap 7 julai. Taup bermimpi. Akan ada kelahiran bulan Julai hadiah dari naga laut. Kelahiran pahlawan terpilih sebagai penjaga lautan. Itu bermakna kelahiran bulan Julai lah yang akan membinasakan jelmaan Taup dan melepaskan Marina. Taup terbangun. Kini dia akan bersedia. Andai dia menjadi ketua nanti, barangsiapa lahir bulan Julai akan dibunuh. Hari berikutnya, Taup bermimpi lagi. Andai anak itu disayangi maka kuat lah kuasa penjaga laut itu. Andai anak itu menangis sedih maka kuasanya akan tengelam. Andai mati dan pulang ke laut, dia akan hidup selama-lamanya tapi andai tertanam di darat, maka kuasanya akan terpecah menjadi kehidupan lainnya. Akan ada insan lain yang lahir menjadi pengantin. Tetapi andai dibakar dan debunya di buang ke sungai, jelmaan yang ingin berubah akan muncul menjadi manusia. Taup bangun dan senang hati. Rantai naga itu di cium. Di simpan penuh erat. Tiada siapa yang mampu melawannya.