Pada suatu petang, terdapat seekor kucing yang sedang berkeliaran diluar rumah tanpa pengetahuan tuannya. Apabila hendak pulang ke dalam, tiba tiba seorang lelaki misteri datang dan membawanya pergi.
Setelah beberapa jam tuannya mula mencarinya dimerata rata tempat, namun malang sekali kerana kucingnya tidak ada.Selepas itu dia berfikir dan mendapat idea. Dia ingin melihat rakaman litar tertutup dirumahnya.Apabila melihat rakaman dia perasan seorang lelaki misteri yang datang mengejut dihadapan rumahnya lalu membawa kucing nya pergi.
Dia terus pergi mencari kucingnya yang hilang.Setelah beberapa minit mencari dikawasan perumahannya dia terdengar bunyi kucing yang mengiau seperti meminta makanan.
Dia terus pergi ke rumah tersebut dan melihat dicermin ada seorang lelaki misteri yang berbaju hitam, bertopeng dan memakai topi sedang bersama dengan kucingnya.Dia lalu terkejut dan megetuk pintu rumah tersebut.
Apabila lelaki misteri itu membuka pintu dia terus bertanya bahawa kucing itu miliknya.Dia langsung tidak mengenal lelaki tersebut. Tetapi kucingnya kelihatan selesa bersama dengan lelaki misteri itu.
Setelah beberapa minit berborak akhirnya lelaki tersebut mendedahkan identitinya bahawa dia baru sahaja berpindah disana.Lelaki tersebut membawa pulang kucing tersebut kerana dia berfikir bahawa kucing itu tidak mempunyai tuan dan kucing tersebut kelihatan kesejukan.Dia meminta maaf kepada tuan kucing tersebut lalu membuka topengnya.
Tuan kucing itu terkejut kerana lelaki misteri itu adalah abang kandungnya yang baru sahaja pulang dari Landon selepas berjaya menamatkan pengajian disana.Kucing tersebut mengiau lalu menuju ke arah mereka dan bermanja dengan tuannya.Setelah lama berborak mereka pulang ke rumah mereka sendiri.
END OF THE STORY...Bye