Bukan mahuku dilahirkan seperti ini.
Bukan keinginanku menjadi begini.
Tapi mengapa aku selalu disakiti?
Mengapa aku sering dikucilkan dan dibuli?
Apa salahku terhadap mereka?
Mengapa mereka menyakiti hati dan perasaanku?
Apakah aku jahat?
Ataukah aku menyakiti mereka?
Mengapa mereka memperlakukan aku seperti permainan?
Sekarang,
Adakah aku bersalah jika aku membenci mereka?
Adakah aku bersalah jika aku berdendam terhadap mereka?
Mengapa dunia seakan tak adil padaku?
Mengapa harus adanya rasa sakit?
Adakah aku tak layak untuk hidup?
Jika aku ini tak layak, mengapa aku di lahirkan?
Mengapa aku harus ada di dunia ini?
Jika aku ini hanyalah sebuah beban,
Mengapa aku hidup dan membesar?
Aku merasa diriku tiada guna lagi.
Aku benci dengan diriku sendiri.
Seandainya diriku hanyalah dijadikan bahan bulian dan dimanfaatkan.
Apa gunanya aku di sini?
Jika aku hidup hanya untuk di perguna dan di peralat.
.
Lebih baik aku tak perlu hidup sama sekali.
Untuk apa aku hidup kalau aku hanyalah sebuah beban?
Untuk apa aku hidup jika aku hanya menyusahkan orang?
Di hina, direndahkan,di permainkan, di buli.
Semua itu sudah menjadi makananku selama ini.
Kenapa?
Apakah kerana aku cacat?
Apakah kerana aku memiliki kekurangan?
Apakah kerana aku lahir tak cukup bulan?
Sehingga orang-orang memperlakukanku seperti orang yang tak berguna
Aku tahu aku lemah.
Aku tak berdaya.
Aku tak mampu untuk melawan.
Tapi aku punya hati.
Akua da perasaan.
Tak sepatutnya aku di perlakukan seperti ini.
Aku benci.
Aku kecewa.
Tak ada seorang pun yang faham dengan keadaan.
Aku pendam segala rasa sakit ini sendirian.
Aku hanya mampu menangis dan menangis.
Kerana aku tahu,
Tak ada apapun yang dapat dibanggakan dalam diriku.
Aku hanya butiran debu yang tiada erti.