Suasana riuh rendah terdengar nyaring di kantin Sekolah Menengah Taman Indah.Sekolah adalah tempat di mana sebuah persahabatan dimulai dan mengenal lebih banyak orang,tetapi darinya juga ada dua hati dapat disatukan dengan pelbagai dugaan.
Suara tawa terdengar daripada sekumpulan pelajar yang menempati meja panjang di tengah kantin.Persahabatan yang terlihat sangat rapat namun, ada hati yang berperang dalam diam. Tanpa disedari oleh sesiapa, sepasang mata indah itu memerhati seseorang dengan penuh rasa kagum. Hatinya bertanya "apakah dia akan menyukai aku? " sebuah pertanyaan yang timbul dengan rasa takut dan kecewa. Pertanyaan yang hanya mampu dipendam tanpa jawapan yang pasti.