"huuhh" hembusan nafas seperti mengeluh.
Kenapa? Otak kosong, jiwa kosong jadi tak tahu apa. Sesuatu yang tidak pasti, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Jadi sampai bila semua tu akan berakhir? Tidak akan mudah segala sesuatu itu mencapai akhirnya, kerana selagi belum bertemu puncanya permasalahan berlaku.
Sampai bila ni? Entah lah sampai bila semua akan berakhir. Itu lah pertanyaan yang sering bermain di otak. Sampai bila?, sampai bila?, sampai bila?.
Kebanyakan orang melepaskan sesuatu tekanan melalui tangisan. Ada pula keluar mencari udara segar. Konon-konon refreshing otak. Nak otak berdamai dengan alam. Mampukah semua tu mengatasi masalah? Pasti tidak kan?
Bagi aku hanya satu cara saja nak selesaikan sesuatu masalah yang ada di fikiran. Cari punca di fikiran anda tu apa yang sedang anda fikirkan.
Jika sekiranya tidak juga dapat melihat puncanya maka cari lah bantal peluk dan usap. Kemudian letakkan bantal di atas Kasur dan letakkan kepala anda di bantal dan pejamkan mata.
Kerana masalah anda yang sebenarnya hanyalah anda sedang mengantuk tapi pura pura tak mahu tidur.
Okay selamat mencuba.
Bai tak ada arah kerana tempat bai kehujanan. Jadi beginilah caranya bai menghadapi sejuknya hujan.
Harap jangan marah yer.
Salam sayang peluk rindu dari Bai Qhoirul