Alia Batrisya ditakdirkan sebagai gadis yang 'istimewa'. Ramai yang menyisihkan kewujudan dirinya termasuklah keluarganya sendiri. Ade ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikan dirinya?
"Abang suka Alia dari darjah 4 lagi......"
Itu kata BRAM. Alia tahu Bram berhati mulia. Dia akan menjaga saya seperti menjaga dirinya sendiri. Jika kerana cinta, Bram tentu akan berusaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.
Ameerul Yazid.... Bos strawberi, lelaki bajet yang sempurna serba serbi. Memanglah Alia jatuh cinta kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Ameerul yang menitikberatkan kesempurnaan dirinya selama ini?
"Errrrr.... Encik tahu alamat rumah saya?"
"Ha..... Itu tandanya?"
Ikhlaskan encik strawberi ini menerima Alia sebagai isterinya? Berbalaskah cinta kasihnya? Sepadankah mereka? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat...... Ada masanya Alia lelah untuk terus mengharapkan ketulusan hati seorang lelaki
Tiba-tiba muncul pemuda yang tidak dikenali. Pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. ADAM HARRIS. Demi Tuhan.... Adam ikhlas menerima Alia dan akan menjaga Alia hingga hembusan nafas terakhirnya
"Kena baca tiga puluh juzuk Al-Quran sebagai mas kahwin...... Boleh" Syarat Alia
"Apa saja saya sanggup. Janji Saya dapat kahwin dengan awak, Alia"