"Papa sudah masukkan duit dalam kad bank kamu untuk hadiah hari jadi." kata Dato' Izzat sambil bermain telefon pintar miliknya.
"Terima kasih, Pa.Ma jom pergi makan Secret Recipe."Jawab Haikal tersenyum paksa.
"Mama tak boleh.Mama ada majlis dekat syarikat.Ajaklah kawan-kawan Kal pergi.." Balas Datin Aini.
"Pa.Ma.Kal ada benda nak cakap Kal sebenarnya menhi....."
"Kami dah lambat.Ma, jom." Dato' Izzat dan Datin Aini meninggalkan Haikal yang masih terpinga-pinga di meja makan.
Haikal terdiam.Haikal adalah anak tunggal dalam keluarga dan hidupnya telah diatur oleh orang tua.Ibu bapanya sentiasa sibuk dengan pekerjaan sehingga dia terpinggir.
Sejak kecil, dia dijaga oleh arwah datuk dan neneknya.Sehingga umur beranjak remaja.Haikal suka bermain piano sejak kecil kerana diajar oleh datuknya.Namun, mendapat tentangan hebat daripada orang tuanya.Setelah datuk dan neneknya meninggal kehidupan Haikal seperti katak bawah tempurung.
Beberapa tahun lalu, Haikal mengalami sakit perut dan pening kepala.Datuknya membawa Haikal ke hospital dan Haikal di diagnosis menghidap penyakit Leukimia.Haikal melarang Datuk dan Nenek memberitahu tentang situasi itu kepada orang tuanya.Haikal tidak mahu mengganggu kedua orang tuanya yang sibuk bekerja.
Sehingga kini, Haikal masih tidak dapat menyampaikan keadaan dirinya.
'Maafkan, Kal.Kal dah berusaha dan cuba mencari tahu cara mengatasi penyakit ni.Tanpa sokongan Pa dan Ma, Kal jatuh.Dulu masih ada Datuk dan Nenek.Sekarang...' Ucap Kal sebak dalam hati.
Beberapa jam kemudian, Haikal keluar bersama rakan sekolah untuk menyambut hari jadi.
"Kal, ini hadiah daripada kami sekelas.Maaf, kami tak mampu nak beli hadiah satu setiap seorang.Ini pun kami kumpul duit." Ucap Hilmi serba salah lantas memandang satu per satu wajah rakannya.
Haikal tersenyum bahagia."Ya Allah, aku dapat ni pun aku dah bersyukur.Yang pasti hadiah ni ikhlas dari hati.Terima kasih korang."
"Sama-sama.Jaga diri kau.Kesihatan tu penting." Balas salah seorang rakannya.
Setelah usai majlis, Haikal pulang ke rumah lalu berjalan masuk ke bilik.Haikal berdiri di beranda bilik.Hadiah hari jadi masih dipegang.Dia pernah cuba memberitahu beberapa rakan terdekat tentang penyakitnya.Mereka memberikan dia semangat yang membuatnya bertahan sehingga ke hari ini.Haikal bersyukur mendapat rakan yang baik.
Haikal akhirnya membuka balutan hadiah yang diberi.Haikal terkejut setelah melihat isi hadiah tersebut.Dia memeluk senaskah Al-Quran yang mempunyai nama Haikal Xander di kulit Al-Quran itu.
"Ya Allah, maafkan hamba-Mu ini yang lalai."Haikal memeluk erat Al-Quran lalu menangis.Sebak menguasai dirinya."Bertapa dosanya aku melupakan Mu , ya Allah."
Haikal beransur-ansur berubah.Tidak lagi mengejar dunia dan hanya fokus pada urusan akhirat.Dalam doanya sentiasa dititipkan doa untuk ibu bapanya agar Allah lembutkan hati mereka untuk berubah.
Beberapa waktu berlalu.Bulan demi bulan dan hari demi hari.Haikal akhirnya meninggal di bilik semasa tidur.
Manakala di ruang makan, Dato' Izzat dan Datin Aini pelik melihat ketiadaan Haikal yang sentiasa menanti di meja makan.Mereka mengambil keputusan untuk melihat Haikal di bilik.Mereka mengandaikan bahawa Haikal mungkin tidak sihat.
Sesampainya mereka didepan bilik Haikal, mereka mengetuk pintu.Namun tiada reaksi.
Akhirnya mereka membuka pintu dan melihat sekujur tubuh yang tidak bergerak di atas katil.
"Haikal, bangun dah lewat ni." Datin Aini menggoncangkan tubuh Haikal yang tidak bergerak.Tetap sama tiada reaksi.
"Pa, anak kita dah tak ada."Ucap Datin Aini dalam tangisan.
Dato' Izzat masih tidak mempercayai dengan apa yang dilihat dan dengar.' Tak mungkin anak aku dah tak ada!!' teriaknya dalam hati.Air mata seorang lelaki yang digelar ayah tumpah jua.Dato' Izzat terduduk di meja belajar yang bersebelahan katil.
Dato' Izzat terlihat sehelai kertas yang bertinta hitam.Dia membuka dan membacanya.
_Assalamualaikum, Pa dan Ma.Saat kalian membaca surat ini mungkin Kal sudah tidak bernyawa._
_Maafkan Kal dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki tidak dapat menjadi anak yang baik seperti yang kalian harapkan._
_Pa dan Ma, Kal sebenarnya sejak umur 11 tahun Kal menderita penyakit leukimia .Arwah datuk dan nenek tahu tentang ini.Kal halang mereka daripada beritahu kalian.Kal tak mahu mengganggu urusan kerja kalian._
_Kal nak minta tolong bila Kal dah meninggal dunia mahukah kalian menghadap kiblat lebih lama?Berdoa untuk keselamatan Kal yang berbaring tak bernyawa?_
_Kehidupan manusia berawal dari hal yang menjijikkan.Kemudian dia lahir ke dunia tumbuh dewasa dan kuat.Menua dan lemah.Kematian menjemputnya disaat yang tak terduga.Semua yang kalian punya harta, takhta ,fisik , semuanya tak ada artinya.Saat kalian mati hanya sehelai kain putih yang akan dibawa._
Air mata mengalir, terasa diri mereka gagal melaksanakan tanggungjawab kepada sang pencipta dan sebagai orang tua.
'Kal,papa minta maaf.Sungguh kami terleka dengan kerja sehingga melupakan anak papa yang tunggal ni.'Tangis Dato' Izzat di dalam hati.'Ya Allah,tolong berikan syurga pada anakku.Dia seorang anak yang baik.'