Hipokampus adalah salah satu bahagian penting dari ingatan manusia. Ibaratnya, hipokampus adalah gudang dari segala ingatan yang pernah kita jalani selama hidup. Bahagian otak inilah yang mengatur, menyimpan dan mengeluarkan ingatan kembali jika diperlukan.Kisah yang akan aku ceritakan ini merupakan pengalaman pahit yang pernah aku lalui di masa lalu.
Mengenangkan kembali sikap dan tindakan yang telah dilakukan sosok ayah terhadap keluargaku, aku rasa marah dan kerana itu aku ingin mengelak dari bertentang dua mata dengannya. Mungkin aku masih belum dapat melupakan tindakan ayah ketika itu. Sebenarnya ramai yang menyatakan kepada aku untuk melihat ke hadapan dan biarkan yang berlalu menjadi sejarah tetapi masih sukar untuk aku melupakannya walaupun kejadian itu sudah berlalu 10 tahun yang lalu. Peristiwa itu sudah melekat dan tertanam di dalam ingatan dan fikiran. Kadang-kadang pada waktu malam aku masih bermimpi tentang peristiwa itu dan aku akan menangis dan menjadi marah pada ayahku. Namun aku terus berusaha melupakannya. Aku masih merasakan sukar untuk memaafkan ayah. Disebabkan ayah lah aku kehilangan orang yang aku sayangi.
Perasaan marah, kecewa dan marah dengan tindakan ayah yang tidak menggunakan akal fikirannya untuk berfikir dengan waras akibat daripada pengaruh menghisap dadah membuatkanku tidak mampu bertentang mata dengannya. Ya, kerana dadah la ayahku sanggup menyepak, menendang, memukul ibuku yang mengandungkanku hanya kerana ibu enggan memberi wang kepadanya untuk membeli dadah. Bukan sahaja ibuku, adikku dan aku turut menjadi mangsa kekejaman ayah. Ayahku sanggup memukul kami seperti orang yang dirasuk syaitan. Kedatangan dadah dalam hidup ayah menghancurkan kebahagiaan keluargaku. Kehidupan keluargaku yang dahulunya bahagia hancur dengan sekelip mata.
Ayah juga pernah berkata padaku ,,,“Dasar anak tak tau diri!! berhenti sekolah dan mulai mencari pekerjaan. Lihat kalau begini nasi pun tak ada!!” Diantara perkataan ayah yang masihku ingat hingga ke hari ini. Ayah juga sering menjerit dengan segala ancaman jika kemahuannya tidak dituruti. Kadang-kadang ayah juga akan mengamuk tanpa sebarang alasan yang wajar.
Aku terpaku pada deretan bunga di hadapanku. Bunga yang telah layu seiring dengan pantasnya waktu yang belalu. Jika kita tidak mencari tuhan di dunia ini maka kita sebenarnya buta dengan nikmat-nikmat yang telah diberikan tuhan. Aku bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk melangkah di dunia ini dan masih diberikan peluang untuk memperbaiki diri dan belajar cara memaafkan tapi bukan dengan melupakan.