"arghhhh!"
"Kau teriak apa lagi, Haziq?kita dah sampai." Kata gadis yang membawa lelaki bernama Haziq berteleportasi ke bumi dari angkasa.
"Wuh!dah sampai?anggota badan aku cukup lagikan,Ain?" Tanya Haziq sambil meraba-raba tubuhnya dengan cemas
Seketika niat memperdajal Haziq muncul membuat Ain tersengih "Tak,Badan kau hilang separuh."
"Apa?!" Haziq kembali meraba-raba tubuhnya dengan sangat cemas untuk kedua kalinya. "Tapi badan aku-" Haziq ingin bertanya kembali setelah melihat tubuhnya cukup bahkan tiada yang hilang seperti Ain katakan namun tertawanya Ain telah menjawabnya.
"Hahaha!kau percaya?biar betul kau ni?hahaha!" Ain tertawa dan berjalan menghampiri kedai Kokotiam yang berada tidak jauh dari mereka.
"Tok, saya nak Ice Choco satu." Pesan Ain namun Haziq mencelah setelah itu. "Dua tok,dua" kata Haziq sambil menunjukkan jari dua.
"Boleh. Ochobot tolong buatkan Ice Choco dua." Pesan pemilik kedai Kokotiam tersebut Tok Aba.
"Eh Ain tu bukan Ochobot ke? Power Sfhera terakhir?" Tegur Haziq sambil menunjukkan kearah Ochobot.
"Eh, betullah. Jadi ni tempat BoBoiBoy, penguasa Elemental yang kalahkan Retakka! Anak pak cik tomat!" Kata Ain terkejut melihat keberadaan Ochobot.
"Kamu berdua kenal cucu tok?" Tanya Tok Aba setelah tidak sengaja mendengar perbualan Haziq dan Ain.
"Mestilah kenal Tok!kami dari TAPOPS juga! Laksamana Mechamato yang suruh kami ke sin- " belum sempat kata-katanya kepala Haziq diketuk oleh Ain dengan kuat. "Argh.. sakitlah Ain.."
"Kau tahukan Uncle Amato suruh rahsiakan?!kalau Ochobot dan Tok Aba bagitahu BoBoiBoy macam mana,hah?!" Ain berkata begitu hanya kerana terperasan BoBoiBoy yang lalu menggunakan diatas mereka dengan berpenampilan biru dan mempunyai Haverboard, atau senang Taufan.
"Tak pa.. Atok dengan Ochobot takkan beritahu BoBoiBoy. Atok Janji.." kata Tok Aba dengan Ochobot yang meletakkan dua cawan Ice Choco dihadapan Haziq dan Ain.
Ochobot hanya mengangguk mengiyakan apa yang Tok Aba katakan. Dikeranakan ia turut mendengar semua hal yang dibicarakan Ain dan Haziq.
"Eh Ain, tapi kenapa kau panggil ayah BoBoiBoy, Uncle dan Tak guna Laksamana?" Tanya Ochobot yang sempat terkejut dengan perbahasaan Ain seketika tadi.
"Ouh, dia yang suruh aku panggil dia Uncle.. katanya dia lihat aku terasa macam dia ada anak perempuan.. lagipun dia kata dia ingat BoBoiBoy juga kalau tengok aku.. entah kenapa?" Kata Ain setelah meminum Ice Choco miliknya.
"Tu lah, aku pelik juga?kau pengguna sihir sementara anaknya, BoBoiBoy tu penguasa Elemental.. lepastu banyak lagi perbezaan ketara korang berdua.." kata Haziq dengan wajah keliru.
"Mana aku tahu.." balas Ain malas sambil mengangkat bahu lalu meminum Ice Cece miliknya.
"Tok! BoBoiBoy nak Ice Choco dua!" BoBoiBoy datang lalu duduk sebelah Ain dengan mengejut membuatkan Ain yang sedang minum terkejut lalu tersedak minumannya.
"Uhuk.. uhuk.."
"Kau ok ke?sorry aku tak sengaja.." kata BoBoiBoy cemas sambil menggosok belakang Ain sesekali.
Ain mengangkat tangan menunjukkan gaya ok sambil berkata "Don't worry.." lalu terbatuk semula beberapa kali.
"Mesti ada orang kutuk betapa tak ada adabnya kau kan, Ain?tu lah kau tersedak.." Haziq saja mengejek Ain
Dengan tak puas hati Ain membalas apa yang dikatakan Haziq "Eh.. Aku ok, tersedak je pun..paling sekejap lagi ada malaikat maut yang datang.."
"Ouh.. jemput siapa?jemput kau?" Tanya Haziq lagi jelas tak dapat tangkap maksud Ain.
"Bukan jemput aku.. melainkan jemput kau!" Ain bangun lalu menarik tangan Haziq dan membantingnya. "Bismillah!Banting Ayam!"
Semua berlalu dengan pantas BoBoiBoy, Ochobot serta Tok Aba yang berada di situ seketika hanya melihat Haziq yang terkapar lemah dengan hidung berdarah. Terkejut melihat apa saja baru terjadi, mereka melihat kearah sang pelaku yang kini tersenyum puas.
Ain menepuk tangan lalu melihat kearah Haziq. "Semoga Amal Ibadat anda telah mencukupi.." kata Ain sopan lalu kembali duduk ke tempatnya.