Di sebuah Muzium pada malam hari terlihat seorang gadis yang bersembunyi didalam kegelapan memasuki ke dalam.
"Ini muzium oldvord yang mempunyai pertama langka yang sering dibicarakan orang-orang?"
Gadis misteri tersebut mengeluarkan sebuah komputer dan menghack sistem keamanan lalu masuk ke dalam muzium dengan mudah tanpa halangan.
"Katanya ini muzium dengan sistem pertahanan terkukuh?jadi kenapa ini serasa sungguh mudah?"
Kata gadis tersebut mengelihat kedudukan barang incarannya.
"Mudah." Katanya dengan smirk kecil yang terukir dibibirnya.
Setelah mendapatkan barangan incarannya gadis tersebut dengan gesit terus saja keluar dan bertingkah seolah tidak melakukan apa-apa.
Kelihatan di sebuah tingkap Apartment ditingkat atas, gadis tersebut menatap datar ke arah hasil curiannya yang boleh dinilaikan sangat-sangat bernilai dan berharga.
"Benda-benda yang tak menarik namun sangat membantu dalam mencari wang yang sangat-sangat banyak.." katanya dengan pandangan kosong.
' kenapa aku rasa macam aku penat?biasanya tidak penat macam ni.. penatnya rasa lain macam.'
"Noah Azumi!"
Yep, nama gadis tersebut Noah Azumi yang lebih dikenali dengan panggilan Noah.
"Ouh, hey Elliot." Sapa Noah dengan tidak semangat.
"Ternyata kau selama ini penjenayah yang diincar seluruh negara!" Kata lelaki bernama Elliot yang menondongkan sebuah pistol kepada Noah.
"Pencuri yang mencuri barang-barangan berharga dari seluruh pelusuk negara!" Sambungnya lagi dengan Marah.
"Sudah habis cakap?" Tanya Noah.
"Huh?"
"Kau terlalu banyak berkata-kata.. dan itu sungguh buat aku penat untuk mendengarkannya.." kata Noah dengan tatapan kosong. Entah kenapa rasa penat yang dirinya rasa semakin menjadi-jadi.
"Noah, serahkan diri kau.. kumohon. sekiranya kau serah diri sekarang, kau hanya akan dipenjarakan selama beberapa bulan.. dan setelahnya kita dapat hidup bahagia bersama." Kata Elliot mencuba meyakin Noah supaya menyerahkan diri kepada polis.
"Kau hanya mahu wang imbalan RM100,000 itu saja.."
"Tak!Aku Cintakan Kau!Ini semua untuk kebaikkan kau juga!" nafi Elliot setelah mendengar kata-kata Noah sebentar tadi.
Noah diam tak berkutik namun kakinya melangkah mundur ke arah balkoni. "Maaf."
"Jangan buat kerja gila,Noah!"
"Maaf, tapi aku kecewa dengan kau.." Noah lompat dari balkoni tersebut dengan menggunakan sebuah tali cangkuk.
"Maafkan aku.." kata Elliot lalu menembak ke arah tangan Noah.
Noah yang terkejut dengan tembakan tersebut terlepas penggangan tangannya pada tali dan jatuh dari bangunan tersebut.
° NOAH POV °
Aku merasakan diriku seolah-olah melayang di udara. Apa aku sudah mati? Ck, ini semua gara-gara dia.
Aku merasa janggal, perlahan-lahan ku buka mataku lalu duduk. Aneh? Kenapa aku rasa tubuhku menjadi tersangat lemah. Aku melihat sekeliling dan terlihat pantulan diriku di sebuah cermin.
Apa?!Aku tersasar ke dunia lain?!