Kelihatan seorang gadis yang terbang dengan pantas melarikan diri dari kejaran Alien jahat. Di dalam dakapannya terdapat sebuah Power Sfhera berwarna biru bercampur unggu.
"Mana kau nak lari hah?!"
Gadis tersebut terus mengelak semua serangan yang ditujukan padanya dengan mudah.
"Akan lebih berbahaya kalau Aku terus lari lagi. Aku kena tumpaskan dia. Pecahan Dedua!"
Gadis tersebut berpecah kepada dua di mana satunya membawa Power Sfhera tersebut bersembunyi sementara satu lagi akan berlawan dengan Alien tersebut. "Bawa Magicbot pergi!Kita bergabung semula setelah semuanya selesai! Aku akan berlawan dengan River!" Kata pecahan gadis tersebut yang akan berlawan pada pecahannya yang akan membawa Power Sfhera, Magicbot bersembunyi.
"Mana kau nak lari lagi hah?! Bagi balik Magicbot pada Aku!!" Alien yang di yakini namanya River mulai menyerang ke arah Pecahannya yang membawa Magicbot.
"Tak akan aku biarkan!Solaris Snipers!" Sebuah sniper putih berbelang kuning keemasan muncul di tangan gadis tersebut dan bersiap sedia untuk menembakkan ke arah River. "Aku akan pastikan Kau Tak Kembali dalam Waktu yang panjang."
"Optikal Maksima Kodinate!" Tembakkan Optikal yang membuat sesiapa yang terkena sekarat dalam waktu panjang dan menghantar River jauh ke penghujung Galaxy. Gadis tersebut membuat Sihir ciptaan yang begitu untuk mengelakkan dirinya dari perlu membunuh musuhnya walaupun musuhnya sudah melampaui batas.
"A-aku berjaya." Tubuh Yn yang berlawan mulai menghilang dan bergabung dengan pecahannya yang menyaksikan satu perlawanan besar di suatu tempat. "Aku akan cari dia, itu janji aku.. dan aku akan bawa nya bersama mencari kau, jadi tolong bertahan sehingga waktu itu tiba.."
Tempat Pecahan Gadis tersebut bersama Magicbot
"I-itu bukan ke.. Retakka, sang penguasa Elemental Lagenda?" Tanyanya pada diri sendiri setelah melihat Retakka yang di tembak dengan serangan berskala besar dari planet yang kita yakini bumi.
"Jadi kebangkitan Retakka tu betul lah. Namun sekarang kelihatannya.."
Gadis tersebut melihat jelas depan matanya Retakka yang tewas dengan sangat mengenaskan di depan matanya. "Baik aku tak payah peduli, lagipun itu perkara yang sangat setimpal dengan perbuatannya terhadap makhluk-makhluk yang tak bersalah."
Gadis itu membawa Magicbot yang kelihatannya sudah kehabisan bateri dalam dekapannya. Matanya mulai kabur dan badannya sudah tidak dapat menampung kecederaan dirinya serta tenaganya yang terguras banyak semasa berlawan dengan River.
Kesedarannya mulai menipis dan tubuhnya mulai melayang jatuh masuk ke orbit bumi. Tubuh mungilnya jatuh menjunam sangat laju ke bumi dan menghempas tanah dengan sangat kuat sehingga timbul kesan seperti Kejatuhan meteor.
Dalam kesedaran terakhirnya dapat di dengarinya suara yang ia kenali namun tak dapat ia mengecam suara siapakah itu. "Komander!Bukan Retakka jatuh menghentam bumi!"
"Habis tu apa yang jatuh tadi?!"
"Yn, General Yn dari pasukan khas Laksamana Mechamoto bersama sebuah Power Sfhera." Katanya sambil mengangkat tubuh gadis bernama Yn itu.
Dan setelahnya kesedaran Yn menghilang sepenuhnya. ' aku akan cari dia dan jaga dia macam janji aku pada nya.. bila tiba saat yang tepat dan aku berharap dia bertahan sehingga tiba waktu itu.. '