Idola
Pada malam yang sejuk dan sunyi. Aku memutuskan untuk membaca diari kakak ku yang sudah meninggal dunia 5 tahun yang lalu. Walaupun ini adalah privasinya tapi aku perlu tahu apakah kakak ku pernah berhutang pada seseorang.
12 Mei 2024, itu adalah hari persembahan pertama kakak sebagai idola. Dia sangat gugup sehingga tidak dapat fokus di atas pentas. Banyak hal yang memalukan berlaku padanya seperti terjatuh ketika sedang menari. Menurutku itu adalah hal yang normal buat seseorang yang pertama kali naik pentas.
24 Mac 2025, dia terkena skandal kerana difitnah telah melakukan hubungan seks dengan pengarah film agar mendapat posisi watak utama. Hal ini bertambah parah apabila dia memuat naik video permintaan maaf yang padahal dia tidak pernah melakukan hal sekeji itu.
"Hmm? ini pelik kenapa ada catatan pada tahun 2023 disini?"
29 Januari 2023, dia mendapat peluang untuk operasi mata dalam video youtuber terkenal. Sebelumnya kakak ku buta dan disebabkan oleh youtuber itu akhirnya kakak dapat mengejar impiannya.
26 Mac 2025, dia teringat memori alam persekolahannya yang kurang menyenangkan. Dia sering dibuli kerana tidak sedar diri. Dia itu buta bagaimana caranya dia ingin menjadi seorang idola yang tubuhnya dituntut sihat sempurna tanpa luka atau penyakit?
29 Mac 2025, kakak ku kehilangan kesemua pekerjanya sebagai idola. Semua orang memaksa dirinya melakukan untuk melakukan bunuh diri.
1 April 2025, itulah hari kakak ku melakukan bunuh diri. Berita bunuh diri kakak ku tersebar dengan cepat tetapi tidak ada yang mempercayai hal itu kerana 1 April ialah tarikh April fool.
Apa dosa yang dilakukan oleh kakak ku? Kenapa dia harus diperlakukan sebegitu? Kamu fikir kamu itu tuhan? Dia juga manusia tapi kenapa?
Aku memutuskan untuk menulusuri Google.
Pada 2 April 2025, akhirnya mereka percaya peristiwa itu benar-benar berlaku tapi.
4 April 2025, berita tentang kematian kakak ku berhenti diperbincangkan. Kakak ku dilupakan begitu mudahnya.
Malam bulan purnama: Selepas melakukan dosa dia bunuh diri.
"Kakak ku tidak pernah berhutang pada sesiapa tetapi merekalah yang berhutang dengan kakak ku."