Misteri starmaker
Seram santai
( Jeng kreng versi kelentong)
Dikala bosan dan tekanan memikul tugas sebagai ibu dan isteri tentera sewaktu pendemik, aku mengambil keputusan untuk menghiburkan jiwa agar tidak terpengaruh dengan sifat negetif yang akan membuatkan diri dilanda masalah mental. Satu hari aku install apps star maker. Waktu ni awalnya aku berseorangan dan salah satu kawan aku pun install juga. Awalnya aku hanya menyanyi suka suka. Lantak la suara macam katak puru sekalipun.. sekali aku nyanyi... Ombak pun akan merindui.
Satu hari ada orang mengajak aku memasuki family. Family dalam star maker aku ni bernama Neuron. Dari awal aku tidak pandai lagi nak tekan apa contoh bagi hadiah atau buat task. Tapi mereka ajar dan aku pun pandai lepak dalam room sambil santai santai. Dan kejadian yang tak terduga. Setelah aku nyanyikan 3 buah lagu dalam room tu, ribut kuat kilat sabung menyabung. Aku stop dan aku relax tidurkan anak.
Terasa dahaga, aku bangun dan buat air di tengah malam. Aku pun in ke room dan waktu tu mereka sedang sembang santai. Aku join sehingga aku pun kata nak tidur. Aku pun melayari keempukan tilam dan bersedia ke alam mimpi.
Tapi.... Perkara misteri terjadi. Hp aku yang sedang di cas berbunyi seakan orang sedang sembang beramai ramai. Aku bangun, aku ingat aku lupa meninggalkan room. Aku pun tekan out dan cuba tidur semula.
Tidak lama.. ada lagi bunyi orang seakan bersembang. Kali ini aku segarkan diri dan pastikan aku dalam keadaan tidak bermimpi. Aku tekan out dan aku off hp.
Perkara mustahil terjadi lagi...
Hp yang aku telah matikan berbunyi nyanyian. Aku bangun dan aku lihat. Aku berada di room yang tidak bernama. Ada 4 orang di sana. Aku memberikan diri. Aku memilih kerusi yang kosong dan cuba bercakap.
" Selamat malam.. "
Itu kata kata ku yang pertama setelah aku tidak tahu untuk berbicara apa.
" Hihihihi..."
Hilaian panjang dan nyaring di ikuti hilaian ketawa beberapa orang lain. Meremang segala bulu yang ada. Liang roma naik seakan kesejukan.
Aku mengambil peluang lagi untuk berbicara.
" Maaf saya salah room. Saya out dulu ya."
Tapi suasana sunyi...
Tiba tiba...
" Jue..... Jue...."
Suara yang amat sayu dan merdu...dalam gugup aku menjawab..
" Saya nak panggil apa ye. Nama kalian tidak ada."
Aku waktu ni sudah gugup. Takut dan entah apa patut aku lakukan.
" Jue... Bagi la hadiah..."
Suara ni mendayu dayu.. aku pun tekan bahagian hadiah. Dalam hadiah tu bukan kerang atau simbol lain. Tapi wajah beberapa ahli Neuron yang baru aku kenali.
Dalam gugup aku bertanya.
" Kenapa hadiah dalam ni berubah. Wajah orang yang saya baru kenal?"
Waktu ni 4 orang tadi ketawa mengilai kuat dan panjang. Aku berkali kali tekan out tapi tak dapat. Tekan off hp pun tidak dapat.
" Sila pilih hadiah dahulu.hihiiihihi.... "
Mereka masih memaksa. Aku gementar setelah cermin tingkap bilik tidur berbunyi sesuatu yang nyilu seperti benda tajam berlaga dengan cermin.
Setelah lama membuat keputusan, aku menekan salah satu kawan untuk di jadikan hadiah. Ya aku memilih kawan lelaki yang jauh tempat nya dari kawasan aku sekarang. Dia bernama T Wan. Masih bujang dan sudah tentu dia mampu untuk menghadap 4 jelmaan hantu jin starmaker yang mengilai. Harapan aku agar tiada benda akan ganggu dia. Setelah menghantar hadiah, barulah hp aku gelap. Aku belek belek dan tekan button on. Hp aku seakan baru dihidupkan. Aku berharap agar tiada hal aneh terjadi.
Misteri starmaker... Andai anda pandai dan suka menyanyi, marilah bergabung bersama kami dalam Neuron family. Ingat... Hantar hadiah terutamanya aku. Agar apabila terjadi lagi hal anehnya , tidak lah aku pilih kalian di jadikan hadiah.