Aiman duduk di di tepi katil sambil termenung memikirkan kisah masa lalunya yang kelam. Hatinya terasa sakit dan masih berbekas sampai sekarang. Peristiwa-peristiwa lalu yang menyakitkan hatinya. Peristiwa di mana dia dibuang oleh ayah kandungnya sendiri. Entah apa kesalahan yang ia lakukan sehinggakan ayahnya sendiri membencinya. Kecewa, itu sudah pasti. Kenangan-kenangan masa lalunya masih bermain di dalam fikiranya.
“Ayah.” Lirihnya perlahan.
Tanpa sedar air matanya tumpah. Betapa hancir hatinya kala itu. Meskipun begitu, tiada sedikit pun terbesit sedikitpun rasa benci terhadap sang ayah yang ia sayangi.
“Aiman.” Panggil seseorang yang menyentapkan lamunanya.
“Pak Cik Jerry.” Serunya perlahan.
Jerry duduk di sebelah Aiman yang masih menangis.
“Aiman,kenapa Aiman menangis?” Tanya Jerry hairan dengan Aiman yang menangis.
Aiman menyeka air matanya perlahan. Hatinya merasa begitu hancur sekarang. Boleh dikatakan luka lama berdarah Kembali.
“Aiman hanya teringatkan ayah pak cik.” Jawabnya lirih.
Jerry terdiam sejenak men mendengar ucapan Aiman. Tiba-tiba hatinya terasa sakit. Sedih Ketika melihat wajah anak muda di sebelahnya itu. Anak yang dibuang oleh ayahnya sendiri. Anak yang sama sekali tidak dianggap oleh sang ayah.
“Aiman sabra ye. Pakcik tahu kalau perkara ni memang berat untuk Aiman. Tapi, pakcik yakin, suatu hari nanti ayah Aiman pasti akan mencari Aiman lagi.” Ucap Jerry meyakinkan.
Aiman mengangguk faham. Apa yang Jerry katakana ada benarnya juga. Lagipula dia sama sekali tidak ada perasaan benci terhadap ayah kandungnya sendiri. Walau bagaimana pun, Firas tetaplah ayahnya.Dia juga tidak ingin dianggap anak durhaka hanya kerana membenci ayahnya sendiri.
“Aiman tak nak dianggap anak yang tak berbakti pada orang tua,pakcik. Saya tak nak macam tu.” Ujar Aiman perlahan.
Jerry tersenyum mendengar ucapan Aiman. Lelaki itu memang baik dan berfikiran dewasa. Aiman memang cutup cerdas dan pintar dalam banyak hal. Lelaki itu juga tahu mana yang harus ia lakukan dan mana yang tidak. Kerana hal itu jugalah yang menyebabkan dirinya merasa bangga dengan Aiman.
“Kamu bersabarlah ye. Buat masa sekarang ni, kamu bekerja seperti biasa. Pakcik akan bantu kamu untuk pujuk ayah kamu.” Ujar Jerry bersungguh-sungguh.
Aiman hanya mengangguk perlahan.
“Terima kasih pak cik.” Balas Aiman sambil tersenyum.
“Kalau macam tu pak cik turun dulu nak siapkan makan malam. Nanti kamu turun makan ya.” Kata Jerry lalau bangkit dari duduknya.
“Baiklah kalau macam tu.” Balas Aiman
Jerry melangkah menuju pintu keluar untuk keluar. Setelah Jerry keluar dari bilik Aiman, tiba-tiba lelaki itu merasakan ada cairan yang keluar dari hidungnya. Cairan itu keluar menyebabkan tubuh Aiman terasa panas dan menggigil. Aman bangun menuju ke cermin untuk melihat apa yang terjadi. Betapa terkejutnya ia Ketika melihat darah yang sedang keluar adalah darah. Aiman yang cemas langsung mengambil tisu untuk membersihkan. Namun bukanya mongering, darah dihidungnya semakin deras mengalir.
“Kenapa jadi macam ni? Kenapa hidung aku mengeluarkan darah?” Gumamnya sendirian.
Setelah beberapa lama darah yang mengalir pun berhenti. Perlahan Aiman bernafas lega.
“Akhirnya..Huh..Tapi kenapa tiba-tiba hidung aku berdarah?” Ujarnya dalam hati.
Dia kemudian melangkah keluar dari bilik air. Dia lantas duduk di hujung katil sambil termenung memikirkan sesuatu. Seppertinya dia harus pergi ke hospital untuk diperiksa. Dia takut kalau-kalau dia terkena sesuatu yang tiak diinginkan. Sedang dia termenung,tiba-tiba pintu biliknya di ketuk.
“Aiman, mari turun makan.”
Suara dari luar membuyarkan lamunanya. Aiman pun sontak bangun dari katil menuju ke pintu bilik. Dengan perlahan lelaki itu membuka pintu. Jerry yang sedang berdiri di hadapan pintu berubah cemas tatkala melihat wajah Aiman yang pucat pasi.
“Aiman, kamu kenapa? Muka tu pucat semacam je.” Ujar Jerry cemas.
“Aiman tak apa-apa pak cik..”
BRUK!
Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba saja lelaki itu jatuh pengsan.
“Aiman..Aiman..Aiman..” Panggil Jerry cemas.
Tidak ada jawapan dari tuan punya badan,
membuatkan Jerry semakin cemas. Lelaki paruh bay aitu terus membawa tubuh kekar it uke dalam kereta. Dengan ceppat lelaki itu terus memecut laju keretanya menuju ke hospital terdekat.
Setelah dalam masa 15 minit, kereta yang dipandu Jerry akhirnya sampai di perkarangan hospital. Dengan cepat Jerry keluar dari dalam kereta menuju ke hadapan pintu hospital meminta pertolongan.
“Tolong…Tolong…Tolong saya…Tolong..” Pekik Jerry dengan nada cemas.
“Ada apa encik? Kenapa encik teriak-teriak?” Tanya seorang jururawat.
“Tolong anak saudara saya. Dia sedang pengsan. Sekarang dia ada kat dalam kereta.” Ujar Jerry masih dengan nada cemas.
“Baiklah kalau macam tu. Mari bawa dia ke dalam.” Ucap jururawat tersebut.
Jerry pun mengangkat tubuh kekar itu masuk ke dalam hospital. Tubuh Aiman yang masih belum sedarkan diri, di letakkan di atas sebuah katil hospital yang berada tidak jauh dari sana untuk dibawa ke dalam bilik rawatan. Setelah berada di dalam bilik rawatan,tubuh Aiman yang masih tidak sedarkan diri membuatkan hati Jerry tidak keruan. Jerry yang berada di luar bilik rawatan terus mondar-mandir menunggu keputusan dari doltor yang merawat.
Satu jam berlalu, akhirnya seorang doctor lelaki pun keluar dari bilik rawatan. Wajahnya kelihatan cemas sekaligus takut. Jerry yang melihat itu juga turut terlihat semakin cemas.
“Ba..Bagaimana dengan keadaan anak saudara saya?” Tanya Jerry cemas.
Doltor yang merawat Aiman masih diam. Dia tidak berani untuk mengatakan hal yang sebenarnya. Namun sebagai seorang doctor,dia harus berkata jujur.
“Maaf, keadaan tubuh Encik Aiman agak melemah. Mungkin kalau dalammasa satu bulan ini dia tidak sedarkan diri,mungkin nyawanya tak akan dapat tertolong lagi.” Jawab Doktor Ryan dengan berhati-hati.
Mendengar penjelasan Doktor Ryan tadi membuatkan tubuh Jerry bergetar. Lidahnya kelu tidak mampu untuk berkata apa-apa.
“Aiman koma?” Ujarnya perlahan dan dibalas dengan anggukkan.
Jerry yang merasa tidak percaya mula mengeluarkan air mata. Aiman yang sudah ia anggap anak sendiri kini harus terbaring lemah tidak berdaya. Seketika hatinya hancur. Matanya menatap sendu kearah Aiman yang berada didalam.
“Se.sebenarnya apa yang terjadi?” Tanya Jerry lagi.
“Dia mengalami cancer darah. Hidungnya banyak mengeluarkan darah secara tiba-tiba. Dia jatuh pengsan juga kerana banyaknya darah yang keluar. Ini juga kerana akibat dari pukulan yang menyebabkan ia kehilangan banyak darah.” Jelas Doltor Ryan yang semakin membuat Jerry merasa takut dan cemas.
“Terkena pukulan?” Tanyanya dalam hati.
Seketika dia teringat akan peristiwa di masa lalu yang berlaku kepada Aiman. Dimana Aiman yang dulu masih berusia lapan tahun dipukul dan ditengking oleh ayah kandungnya sendiri. Apakah kerana hal itu yang membuatkan Aiman mengalami kenser? Boleh jadi.
“Terima kasih.” Ucap Jerry dengan nada lirih.
Doktor Ryan hanya mengangguk lalu pergi dari hadapan bilik tempat Aiman di rawat.
Seiring berjalanya waktu, keadaan Aiman semakin memburuk. Tubuhnya semakin melemah. Jerry yang setia menunggu terpaksa harus ulang-alik dari rumah ke hospital. Kerana dia harus menjaga dan menunggu hingga Aiman sedarkan diri.
Hari ini,tepatnya hari minggu. Jerry yang baru saja keluar dari rumahnya untuk pergi ke hospital dibuat terkejut kerana kehadiran seorang lelaki yang sedang berdiri dihadapan rumahnya. Orang itu tidak lain adalah Firas.
“Jerry, Aiman di mana? Aku nak jumpa dia.” Soal Firas.
Jerry yang melihat kehadiran Firas merasa kesal sekaligus benci. Disebabkan lelaki itu,Aiman mengalami kenser darah. Tapi dia tidak boleh memukul lelaki dihadapanya itu meskipun hatinya sangat ingin melakukanya.
“Ikut aku.” Jerry mengunci pintu rumah lalu membawa barang-barangnya menuju kereta miliknya.
Firas hanya diam dan mengikut Langkah Jerry dari arah belakang. Kereta yang dipandu Jerry pun memecut laju menuju ke hospital tempat Aiman di rawat. Sesampainya di sana, Jerry langsung turun diikuti oleh Firas dari belakang. Baru saja mereka berdua hendak melangkah masuk ke dalam bilik rawatan Aiman, tiba-tiba Langkah mereka dihalang oleh Doltor Ryan.
“Maaf encik, saya harus menyampaikan berita duka. Anak saudara encik telah berpulang.” Ujar Doktor Ryan yang membuat Jerry dan Firas terkejut.
“Berpulang? Bukankah ini baru satu minggu?” Tanya Jerry memastikan.
“Maafkan saya. Tapi,Allah lebih menyayangi Aiman.” Jawab Doltor Ryan lagi.
Jerry dan Firas sontak terdiam. Mereka tidak menyangka jika Aiman telah tiada. Firas yang menyedari akan ketiadaan puteranya hanya terduduk lemas. Ia baru saja hendak meminta maaf dan ingin memperbaiki kesalahanya di masa lalu. Namun sayangnya, belum sempat dia meminta maaf, putera sematawayangnya kini telah tiada.
“Maafkan papa nak. Maafkan papa yang telah membuangmu. Maafkan papa.” Ucapp Firas fsmbil terisak. Air matanya deras membasahi pipinya.
Jerry juga turut menangis sedih. Hatinya hancur sehancur-hancurnya. Kini dia sudah tidak memiliki siapapun lagi. Aiman telah pergi. Lelaki paruh bay aitu berlari kecil menuju ke dalam bilik tempat Aiman berada dan mula menangis sejadi-jadinya disana. Kini ia akan merasa sunyi Kembali. hHal yang sama juga yang dirasakan oleh Firas. Kini dia harus kehilangan anaknya untuk selama-lamanya.
“Firas. Aiman tu sayangkan kau. Tak prnah sedikit pun dia menaruh rasa benci kat kau.” Jelas Jerry Ketika mereka sudah berada di pemakaman.
“Aku yang salah Jerry. Aku buang anak aku sendiri. Aku siksa dia padahal dia tak salah apa-apa.” Balas Firas penuh penyesalan.
“Aku harap lepas ni kau me
mperbaiki diri kau. Jangan ulangi kesalahan yang sama.” Pesan Jerry yang kemudian pergi dari sana.
Firas hanya diam tanpa menjawab.
“Semoga kamu tenang disana Aiman.” Doanya dalam hati.
Setelah jenazah Aiman dikebumikan, kini Jerry dan Firas Kembali ke rumah masing-masing. Jerry kini harus meneruskan usaha Aiman yang tertunda. Sementara Firas harus merasakan penyesalan yang teramat. Penyesalan yang sudah terlambat untuk disesali.