Pulau Puaka
Episode 1A
(Cerita ini hanyalah imejinasi.Tidak pernah ada dimana mana kawasan dan tidak kena mengena antara hidup dan mati.)
Marina terdiam saat cintanya dipergunakan. Taup lelaki kacak berasal dari manusia telah berjaya membuat Marina membuang asal usulnya.
" Aku mahukan kuasa mu !!! Andai tidak semua makhluk jadian laut akan aku habiskan. Rantai mu kini milik ku. Kini kau tidak mampu pulang. Andai kau pulang maka lumpuh la semua kuasa jelmaan laut termasuk ayahmu naga laut. Aku mahukan tentera ku sendiri. Cepat!!"
Marina hanya menangis memandang Taup. Satu persatu airmatanya bertukar menjadi bebola berbentuk mutiara. Cepat Taup mengumpul kan. Taup membuka jala dan menebarkan. Ada beberapa ikan mengena. Pantas Taup memasukkan mutiara itu ke dalam mulut ikan. Akhirnya ikan itu membesar. Tumbuh kaki dan tangan. Wujudnya semakin lama semakin seperti manusia. Insang tengelam menjadi dada lelaki dan ada yang menjadi wanita. Mereka mampu bernafas.
Jelmaan itu terkebil-kebil memandang sekeliling. Mereka seakan suka menjadi manusia lebih dari ikan.
" Mulai sekarang , aku adalah ketua mu. Andai kau mau wujud mu sebegini, bersumpahlah pada laut bahawa kalian meninggal kan laut!!"
Bergema suara Taup. Beberapa jelmaan cuba masuk ke dalam laut. Tapi seakan tidak dapat bernafas. Mereka cepat ke darat. Semua memandang Taup dengan aneh.
" Kau adalah lelaki..kau pula perempuan. Kawin lah kalian. Nikmat dunia akan kau rasakan. Kita akan jadi ramai. Ahahaha" .
Taup seakan puas memikirkan dirinya kini akan menjadi ketua. Semakin hampir impian Taup. Rokiah menjadi isterinya apabila tiba waktunya. Terngiang-ngiang lagi suara ketua kampung iaitu Samad,
" Tidak ku izinkan anakku Rokiah menjadi isterimu. Islam melarang perkahwinan adik beradik. Walaupun Rokiah adik berlainan ibu tapi kalian anak aku!! Jangan di ulang ucapan mu mahu kan Rokiah. Cari sahaja wanita lain. Akan ku buat majlis besar-besaran 7 hari 7 malam." Bengis suara Samad ketika itu.
" Ah persetankan si tua itu. Aku hanya mahu Rokiah. Tidak ku peduli siapa pun dia. Dibunuh pun aku rela. Sudahlah berkahwin dua, hidup ku saja miskin tidak cukup makan. Malah ibu sakit sehingga terabai. Si tua keparat. Kau yang jadikan aku sebegini. Nanti kau akan rasakan!!"
Taup amat benci melihat semua orang di kampung itu. Setiap kali nelayan pulang, dia teringat ibunya yang mati sakit jantung berseorangan di laut. Demi mencari rezeki untuk membesarkan dirinya. Di waktu kecil, ayahnya zalim mengabaikan tanggungjawab. Malah kerap kali ibunya diherdik dihina malah dikatakan isteri yang membawa nasib malang. Terkadang, ayahnya hanya pulang sekejap. Pernah sekali Taup meminta keropok saat terserempak di kedai. Samad tidak memperdulikan Taup malah sedikit pun dia tidak kasihan melihat anaknya yang teringin merasai keropok seperti kanak-kanak lain. Dendam semakin membara. Walaupun Taup tahu, perbuatan nya akan membinasakan satu kampung, tapi dia sudah lama memberontak. Saat ibunya tidak pulang, dia menangis meminta semua nelayan mencari ibunya. Waktu itu seorang pun tidak mahu membantu. Malah lebih memilih menunggu peraih hasil laut tiba. Taup mendayung sampan ketika itu mencari ibunya. Saat itulah dia melihat ikan duyung. Taup menangis meminta tolong andai melihat ibunya di laut. Sampan Taup ditarik ikan duyung. Akhirnya dia melihat sampan ibu nya. Ibunya telah terbaring tidak bernyawa. Dengan tangisan dan ucapan terima kasih, Taup pulang membawa jenazah ibunya dibantu duyung. Tapi kekejaman isteri muda ayahnya tidak terhenti di situ. Jenazah ibunya tidak dimandikan. Malah kain kafan yang sudah menguning diberikan. Sedikit pun ayahnya tidak bertanggungjawab. Demi kerana menjaga perasaan isteri muda, ayahnya membiarkan Taup hidup berseorangan di rumah usang. Taup terpaksa turun ke laut mencari rezeki dan tidak lagi bersekolah. Taup dipinggirkan setiap kali ada kenduri-kendara.
ingin mengetahui lanjutan nya? silakan tunggu di bab 1B. sekian,terimakasih