Mohon maaf Tuan Muda. Apakah Tuan Muda kan pergi ke dunia manusia lagi?” Tanya Arman dengan sopan.
Arman merupakan orang kanan sekaligus orang kepercayaan Zafran. Dia sudah lama berkerja dengan Zafran sejak Zafran masih mula-mula menaiki takhta. Arman merupakan orang yang sangat dipercayai oleh Zafran. Semua tugas yang diberikan Zafran semuanya berjalan dengan lancer. Tidak ada satupun tugas yang diberikan oleh Zafran itu gagal. Arman seorang yang sangat teliti dalam melakukan sesuatu hal.
“Sepertinya saya tak akan pergi ke sana lagi. Lebih baik saya memikirkan isteri dan rakyat-rakyat saya.” Balas Zafran yang kini sedang duduk di singgahsana miliknya.
“Tapi sepertinya ratu ingin pergi ke sana.” Ujar Arman dengan hati-hati. Takut jika tuan mudanya marah.
“Panggil Nona muda ke sini.” Perintah Zafran dengan tegas.
“Baik Tuan Muda.” Balas Arman yang kemudian pergi meninggalkan Zafran .
Setelah beberapa saat, akhirnya Diana datang menemui suami tercintanya yang kini sedang duduk di singgahsananya itu.
“Awak panggil saya ke? Ada apa?” Tanya Diana dengan lembut.
Zafran menatap Diana dengan pandangan yang tidak biasa. Matanya tajam tidak berkelip. Diana yang mendapat tidak biasa dari biasa dari suaminya hanya menunduk menatap lantai. Dia tahu jika suaminya sudah menatap seseorang seperti itu pasti ada sesiatu yang penting yang hendak dii bincangkan.
“Kalau saya nak tanya sesuatu,boleh?” Ujar Zafran dengan nada serius.
“Apa?” Balas Diana perlahan.
Pandangan mata Zafran tidak lepas menatap tajam Diana.
“Awak nak ke dunia manusia? Atas alas an apa awak nak ke sana?” Soal Zafran yang masih menatap rajam kearah sang isteri.
“S.saya. .” Nada suara Diana tersekat-sekat kerana takut.
Dia takut kalau suaminya akan memarahinya . Dia sangat mengenali bagaimana sifat suaminya yang tegas dan keras itu.
“Lenapa? Awak tak dapat nak jawab ke?” Soal Zafran dengan nada sinisnya.
“Saya nak ke dunia manusia sebab saya nak belajar lebih banyak hal lagi. Tapi kenapa awak sama sekali tak suka dengan semua tu?” Tanya Diana yang sudah sekian lama menahan hasratnya.
Zafran diam seketika. Perlukah dia harus mengatakan perkara yang sebenarnya? Namun dia harus memberitahu perkara yang sebenarnya? Tapi macam mana kalau isterinya itu tidak menerima akan kenyataan itu? Tapi, walau bagaimana pun dia harus berkata jujur kepada sang isteri tercintanya.
“tolong jujur kat saya. Apa yang saya tak tahu.” Pinta Diana dengan bersungguh-sungguh.
Mata Zafran yang tadi tajam dan menusuk tiba-tiba berubah lembut dan penuh sayang.
“Maaflahh kalau saya menatap awak macam tu. Awak pun tahu kalau saya sangat tak suka awak pergi ke dunia manusia. Dunia manusia tu berbahaya. Saya tak nak berlaku sesuatu yang tak menyenangkan pada awak.” Balas Zafran sambil tersenyum.
Diana masih diam dan mencuba menatap anak mata suaminya yang indah itu. Mata yang berubah mengerikan apabila lelaki itu sedang marah.
“Saya taka da masalah kalau awak melarang saya untuk pergi ke dunia manusia. Tapi saya tahu kalau alasanya bukan sebab dunia manusia tu berbahaya. Saya tahu kalau ada sesuatu yang saya tak tau. Tolonglah jujur pada saya.” Pinta Diana yang sudah hamper mahu menangis.
Zafran menarik nafas panjang. Mahu tidak mahu dia harus berkata jujur kepada isterinya. Tidak mungkin dia terus-menerus menyembunyikan semuanya dari pengetahuan isterinya.
“Baiklah kalau macam tu. Saya akan beritahukan semuanya pada awak. Sekarang awak ikut saya.” Ujar Zafran yang kemudian bangkit dari duduknya diikuti oleh Diana dan Arman.
“Kita nak ke mana?” Tanya Diana hairan.
“Kita ke dunia manusia.” Balas Zafran dengan santai.
Diana membulatkan matanya mendengar kata-kata suaminya.
“Bukankah awak sendiri yang nak tahu sebab kenapa saya melarang awak pergi ke dunia manusia? Jadi, saya akan beritahu pada awak.” Sambung Zafran lagi lalu menarik tangan Diana.
Sedangkan Arman hanya mengekori tuan mudanya dari arah belakang. Dia sangat mengenal bagaimana sifat tuan mudanya itu. Lelaki itu memang sangat menyayangi dan memanjakan sang isteri. Namun berbeza halnya jika lelaki itu tidak bersama Diana. Zafran akan berubah menjadi tegas dan bringas bila dirinya diuji. Lelaki itu juga memiliki sepasang mata yang indah dan sedap dipandang. Namun mat aitu akan berubah tajam dan menakutkan bila lelaki itu sedang marah atau kesal. Mata tajam itulah yang membuatkan Diana menjadi takut.
“Marilah kita pergi.” Ucap Zafran kemudian melangkah.
Mereka bertiga pun melangkah meninggalkan istana milik Zafran menuju ke dunia manusia. Mereka melangkah menelusuri hutan menuju pintu gerbang untuk keluar. Setelah beberapa lama berjalan,akhirnya mereka sampai di kawasan luar hutan.
“Pergilah. Kembalilah ke keluarga awak. Mereka sedang menunggu kepulangan awak.” Ujar Zafran yang membuatkan Diana bengang.
“Apa maksud awak ni? Kita kan di sini sebab awak nak beritahu saya kenapa awak melarang saya ke dunia manusia. Kenapa jadi macam ni pula?” Tanya Diana hairan.
Bingung. Tertanya-tanya. Kenapa tiba-tiba saja suaminya jadi berubah seperti itu? Ada apa sebenarnya? Apa yang Diana tidak tahu? Zafran hanya diam saja. Tidak ada sepatah kata pun yang keluar dari bibirnya.
“Arman. Antarkan Diana kepada kedua orang tua dan keluarganya.” Perintah Zafran dengan nada lirih.
“Baik Tuan.” Balas Arman seraya mengangguk.
Diana semakin merasa hairan dengan sikap Zafran yang tidak biasa. Ada apa dengan suaminya ini? Mengapa lelaki itu seakan berubah?
“A.apa s.semua ni? Kenapa awak macam ni? Apa semua ni..Aaaaaaa..” Belum sempat Diana menghabiskan kata-katanya. Tiba-tiba saja tubuhnya terasa seperti melayang di udara.
“Tuan. Apakah ini takkan terjadi apa-apa padanya?” Tanya Arman setelah kelibat Diana menghilang.
“Semuanya sudah berakhir Ar. Diana memang isteri saya. Tapi dia bukan milik saya. Biarkanlah dia Kembali pada keluarganya. Yang bersama saya adalah rohnya dan bukan jasadnya. Dengan cara ini jugalah yang akan menjawab semua pertanyaanya tadi.” Jawab Zafran dengan nada yang sendu. Pergi ke dunia manusia.
Arman mengangguk faham. Dia dapat merasakan apa yang tuanya rasakan. Bukan tanpa alas an mengapa tuan mudanya itu melakukan perkara seperti ini. Termasuklah kenapa selama ini Diana tidak di biarkan pergi ke dunia manusia.
“Aku hanya ingin menemui isteriku yang aku cintai. Tapi sayangnya kami berdua berada di dunia yang berbeza. Sepatutnya saya tidak boleh melakukan semua ini. Mengambilnya dan membawanya ke dunia kita. Mungkin aku yang terlalu menuruti perasaan. Sekarang biarkanlah dia bersama keluarganya.” Ujar Zafran yang tanpa sedar air matanya mengalir.
“Maafkan saya Diana. Maafkan saya yang sudah memisahkan awak dan keluarga awak. Maafkan saya kerana sudah jahat pada awak. Maafkan saya.” Ucap Zafran sambil menangis.
Arman yang melihat tuan mudanya menangis, dirinya pun turut menangis. Dia tahu bagaimana perasaan tuan mudanya itu. Dia juga tahu bagaimana sang tuan muda sangat mencintai isterinya walaupun mereka berbeza. Mengapa Zafran berkata kalau dia hanya memiliki jiwa Diana dan bukan raganya, itu kerana Zafran hanya mengahwini jiwa Diana saja. Kerana hal itulah kenapa Diana merasa hairan pada saat Zafran menyuruhnya pergi.
“Mungkin sudah tiba wakktunya suntuk saya melepaskan dia Ar. BSudah terlalu lama saya mengingatnya bersama saya. Biarkanlah dia Kembali bersama keluarganya.” Ujar Zafran lirih.
“Baik Tuan Muda.” Balas Zafran patuh.
Di rumahh keluarga Diana. Begitu ramai orang sedang mengelilingi tubuh kecil itu dengan penuh kerisauan. Diana yang merasa rishi dengan suara riuh disana mula membuka matanya perlahan.
“Akuada dimana?” Tanya Diana hairan.
“Diana. Sayang. Kamu sudah sadar. Mama sangat merisaukanmu.” Ujar mama Diana yang sontak membuat Diana menoleh.
“Mama?” Ucapnya bingung.
Fiza yang mendengar Namanya dipanggil hanya tersenyum. Diana mencuba memerhati sekeliling mencari keberadaan seseorang. Siapa lagi kalau bukan suaminya,Zafran.
“Zafran di mana?” Tanya Diana pada mamanya.
“Hm? Zafran? Zafran siapa Diana?” Soal Fiza yang tercengang dengan pertanyaan anaknya.
“Zafran suamiku.” Jawab Diana yang mula bangun dari pembaringan.
Semua orang yang ada disana menjadi hairan dengantingkah Diana. Apakah ini kerana akibat dari Diana yang baru saja srdar dari pengsanya? Diana terus melangkah mencari keberadaan suaminya Zafran di seluruh kawasan rumahnya.
“Zafran… Zafran…Awak di mana?” Teriak Diana memanggil nama Zafran.
Fiza yang melihat keadaan anaknya mula merasa sedih. Dia tidak tahu apa yang terjadi pada anaknya Ketika ini. Sedangkan Diana masih saja memanggil nama suaminya.
“Diana!” Panggil seseorang dari arah belakang membuatkan Diana menoleh.
Lelaki yang memanggilnya lantas melangkah menghampiri Diana lalu menatapnya dengan tajam. Diana yang mendapat tatapan tak bias aitu terus terdiam. Dia sudah tidak lagi memanggil-manggil nama Zafran.
“Hans.” Seunya perlahan.
Hans hanya diam dan masih menatap tajam Diana.
“Kenapa denganmu? Nama lelaki mana yang kau sebut? Zafran? Lelaki yang takt ahu wujudny macam mana tu yang kau cari?” Tanya Hans yang masih menatap Diana.
Bagaimana Hans boleh tahu? Sudah pasti dia tahu. Kerana Hans meruppakan salah seorang anak yang memiliki kelebihan yang tidak banyak orang miliki.
“Zafran bukan manusia Diana. Kenapa kau masih saja mencarinya?” Soal Hans lagi.
Diana masih diam dan tidak menjawab. Fikiranya masih tertuju pada Zafran. Ia yakin kalau Zafran tahu semuanya. Dia ingin penjelasan dari lelaki itu secepatnya.
“Aku tahu kalau Zafran bukan manusia. Tapi dia suamiku. Aku tak sepatutnya berada di sini. Aku ingin Kembali pada suamiku.” Ujar Diana yang membuat Hans tercengang.
“Suami? Aku ni suamimu Diana.Aku suamimu yang sebenarnya dan bukan Zafran.” Balas Hans kecewa.
Ada apa dengan isterinya? Kenapa Diana tidak mengingat dirinya? Hans semakin merasa tertekan dengan semuanya. Bagaimana dia hendak
membuat isterinya sadar dan Kembali seperti dulu? Tidak ad acara lain. Dia harus menemui lelaki itu sekarang juga.
Malam hari tiba. Diana kini tengah berbaring di atas katil sambil memikirkan semua peristiwa yang terjadi. Terutama dia memikirkan Zafran yang telah membawanya ke sini. Zafran yang ingin menjelaskan mengapa dan kenapa dirinya tidak dibenarkan untuk pergi ke dunia manusia. Tapi kenapa jadi seperti ini? Apa yang sedang terjadi?
“Zafran. Saya menginginkan penjelasan.” Ujar Diana yang kini sudah memejamkan matanya. Tanpa menunggu lama wanita itupun tertidur.
Di dalam mimpi Diana.
Diana melangkah menelusuri hutan yang tidak asing baginya. Hutan itu adalah hutan kawasan yang bberada di bawah pemerintahan Zafran. Diana melangkah dan terus melangkah sambil mencari dimana keberadaan Zafran. Hinggalah dia sampai disebuah pintu gerbang penghubung antara hutan dan istana milik Zafran. Diana menghentikan langkahnya tepat di hadapan pintu gerbang itu.
“Awak cari saya?” Tiba-tiba suara yang tidak asing menyapanya.
“Zafran. Tolong jelaskan semuanya pada saya.” Pinta Diana tanpa menoleh.
“Penjelasan apa?” Tanya Zafran pura-pura tidak faham.
“Kenapa jadi macam ni? Saya isteri awak. Kenapa awak buat saya macam ni?” Soal Diana hamper menangis.
“Awak memang isteri saya. Tapi saya tak memiliki awak sepenuhnya sebagai isteri.” Balas Zafran yang membuatkan Diana mengerutkan dahinya.
“Apa maksud awak?” Tanya Diana.
“Saya bukan manusia dan awak pun tahu itu. Dunia kita berbeza Diana. Awak memang seorang manusia. Saya hanya mengahwini jiwa awak saja dan bukan raga awak. Yang menjadi milik saya hanyalah jiwa awak. Sedangkan raga awak berada bersama keluarga awak.” Terang Zafran dengan panjangnya.
“Lalu, kenapa awak melarang saya untuk pergi ke dunia manusia?” Tanya Diana ingin tahu.
“Kerana saya menginginkan awak menjadi milik saya. Saya tak nak awak Kembali pada raga awak yang sepatutnya sudah mati.” Balas Zafran dengan nada datar yang membuat Diana terdiam.
“Ah. Awak.” Kata-kata Diana terhenti kerana tidak percaya dengan ucapan Zafran tadi.
Zafran menoleh menatap Diana dengan matanya yang sudah menyala. Diana yang takut mula berundur sedikit ke belakang.
“Sepatutnya saya masih hidup sampai sekarang dan dapat memiliki awak sepenuhnya! Tapi sayangnya saya dan Arman harus mati kerana perbuatan Hans! Hans yang sudah mengambil semuanya dari saya termasuk awak!” Ucap Zafran menambahkan.
Matanya yang memerah tiba-tuba menghilang. Mata indah itu kini mengeluarkan cairan jernih. Ya, Zafran sedang menangis. Dia menangisi wanita yang menjadi isterinya secara tidak pantas. Dia sangat mencintai Diana. Diana yang kini dihadapanya adalah isterinya. Wanita yang sangat berharga baginya. Namun sayangnya dia tidak mampu untuk memiliki Diana secara ragaei kerana dirinya dan Arman harus mati tertembak tepat di dada.
“Zafran.” Panggil Diana disela-sela tangisan.
“Sepatutnya setahun lalu awak sudah menjadi milik saya Diana.” Ujar Zafrann sambil menarik Diana ke dalam pelukanya.
“Apakah ini sebabnya kenapa awak tak mengizinkan saya pergi ke dunia manusia? Awak tak nak saya Kembali ke raga saya?” Tanya Diana di dalam pelukan Zafran.
“Ya.” Jawab Zafran sepatah.
“Saya akan memiliki peluang untuk mengambil awak setiap kali awak terlelap. Sebab tu lah kenapa awak tertidur terlalu lama.” Sambung Zafran lagi.
Diana melepaskan pelukanya. Dia menatap mata indah Zafran yang membuatnya tenang.
“Macam mana cara saya untuk membuat awak tenang?” Tanya Diana.
“Saya tak minta banyak. Saya hanya menginginkan keadilan.” Jawab Zafran.
“Kami hanya ingin mati dengan damai.” Tambah Arman kemudian.
“Baiklah kalau macam tu. Saya akan mencari semua bukti yang ada untuk membantu.” Ujar Diana sambil tersenyum.
“Semuanya ada di rumah lama Hans.” Beritahu Zafran.
“Ok.”
“Terima kasih. Saya janji Setelah semuanya selesai,saya akan pergi dan tak akan mengganggu awak lagi.” Ujar Zafran lembut..
Diana hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Saya pergi.” Ujar Diana sambil melambaikan tangan begitu juga dengan Zafran dan Arman.
Tidak lama kemudian Diana membuka matanya. Matanya meliar melihat sekelliling. Tiba-tiba saja matanya terhenti tepat ke arah Hans yang kini berdiri dihhadapanya.
“Ada apa? Kenapa awak pandang saya macam tu?” Tanya Hans yang merasa tidak selesa.
“Awak cakap kalau awak bolehh melihat hal-hal yang tak wajar kan?” Tanya Diana tanpa menjawab pertanyaan Hans.
Hans mengangguk.
“Ya, kenapa?”
“Kalau macam tu awak pasti boleh tengok kalau Zafran ada disini.” Ujar Diana dengan serius.
“Zafran memang ada di sini.” Jawab Hans santai.
“Kalau macam tu, awak pasti boleh tengok macam mana pandangan mata Zafran pada awak.” Ujar Diana membuatkan Hans terdiam.
Hans menoleh memandang ke tempat di mana Zafran berdiri. Hans terkejut Ketika menatap mata Zafran yang tajam seperti ingin membunuhnya.
“Di..Diana.” Ucap Hans terketar.
“Kenapa? Awak kan boleh liat. Pasti awak juga boleh mendengar apa yang dia cakapkan.” Ucap Diana sinis.
“Pembunuh!” Teriak Zafran marah.
“T..Ta..Tak. Aku bukan pembunuh.” Dalih Hans takut.
“Kenapa kau takut? Memang betul adanya bukan?” Ucap Diana yang menyebabkan semua orang disana tercengang.
“Setahun yang lalu. Sewaktu Zafran dan Arman masih hidup, kau menembak mati mereka berdua. Kau! Menghilangkan nyawa lelaki yang aku sayang! Aku tahu kalau Zafran sudah mati! Tapi bodohnya aku, aku tak tahu kalau Zafran dan Arman mati kerana ditembak! Dan lebih bodohnya lagi, aku tak tahu kalau orang yang menembak mereka adalah suami aku sendiri! Hans, kau memang tak punya hati!” Jerit Diana dengan berlinang air mata.
Hans tibba-tiba tersenyum mendengar jeritan D
iana. Entah kenapa dia merasa sangat senang bila melihat Diana seakan tersakiti seperti ini. Hatinya terasa sangat puas Ketika melihat adanya sebuah penderitaan di hadapan matanya. Diana yang melihat Hans tersenyum semakin merasa sakit di hatinya. Hans, suami di dunia nyatanya adalah seorang pembunuh. Sungguh hatinya terasa sangat hancur dan teriris saat ini.
“Hans. Kenapa kau tiba-tiba se
nyum? Kau seperti sedang mengejek sesuatu.” Ujar Fiza yang hairan melihat menantunya.
“Diana. Kalau pun aku yang membunuh lelaki kesayanganmu, apakah kau ada bukti?” Tanya Hans masih dengan senyum mengejeknya.
“Semuanya ada di rumah lama.” Jawab Diana dengan mata yang membengkak kerana menangis.
“Apa?” Hans terkejut tidak percaya.
Setahunya, dia sudah membuang semua bukti kalau dia menembak mati Zafran. Tapi bagaimana Diana boleh tahu?
“Mungkin kau sudah membuang semua barang-barang buktinya. Tapi kau harus ingat, di rumah tu ada cctv. Jadi apapun yang ada dan yang berlaku di rumah tu pasti sudah terekam. Aku tak sangka kalau kau sanggup buat macam tu Hans.” Ujar Diana dengan nada sedihnya. Cakap. Dia
“Dari mana kau tahu semua ni?” Tanya Hans tidak menyangka.
“Zafran sendiri yang cakap.Dia selalu muncul dalam mimpiku.” Jelas Diana.
Hanns terdiam sejenak mendengarnya. Matanya menoleh menatap Zafran yang sedang berdiri di dinding. Rasa benci mula menjalasr ke seluruh hatinya. Ingin sekali dia memukul lelaki itu sekarang juga.
“Tak guna! Kau sudah mati pun masih menyusahkan aku!” Jerit Hans kesal.
“Jadi memang kau yang membunuh Zafran? Begitu Hans?” Tanya Fiza pula.
“Memang aku yang buat. Aku yang sudah menembak mati mereka berdua. Aku yang sudah membunuh abang aku sendiri. Puas!” Ujar Hans dengan tawa jahatnya.
“Kalau macam tu, kau tengok belakang.” Suruh Diana sinis.
Hans menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya dia Ketika melihat beberapa orang pegawai polis sedang berdiri di belsksngnys.
“Tak guna!” Jerit Hans tidak puas hati.
“Terima kasih pasal kau sudah berkata jujur atas semua perbuatanmu. Sekarang nikmatilah hidupmu membusuk di penjara.” Ujar Diana sambil tersenyum sins.
Hans yang kesal dengan perbuatan Diana mula menjerit histeria sambil tanganya di tarik paksa oleh dua orang anggota polis.
“Zafran,Arman sekarang kamu berdua boleh pergi dengan tenang.” Ucap Diana di alam hati.
Zafran dan Arman hanya tersenyum manis. Tidak lama kemudian, mereka pun menghilang bersama cahaya putih.
Setelah peristiwa itu, Diana dan Hans akhirnya bercerai. Sedangkan Zafran dan Arman sudah tidak pernah lagi muncul ke dalam mimpi Diana
lagi. .Akhirnya Diana dapat hidup tenang bersama keluarganya.
TAMAT