Pada tahun 2018 saya tinggal disebuah apartment lama,suatu malam saya mahu menghantar kawan saya dirumahnya tapi saya agak rasa takut,jadi saya bawa kawan saya yang tinggal bersama saya di apartment untuk temen saya,jadi rasa kurang takut.Setelah sudah hantar kawan saya dirumahnya saya rasa tidak sedap hati,jadi saya bercadang untuk pergi ke kedai makan untuk duduk-duduk dan minum disitu sampai jam 5.Sudah jam 5 saya dan kawan saya juga balik ke apartment.Setelah masuk di lif apartment itu saya menekan tingkat 10,semasa itu pintu lif sudah tertutup dan tiba tiba terbuka semula DAN tiba tiba tertutup kembali.Semasa hampir tingkat 10 tiba-tiba lif berhenti di tingkat 9 dan pintu lif terbuka dan tertutup kembali,ia seolah olah ada org masuk dan keluar tetapi "TIADA".