Mak, Ila pergi kampus dulu. Assalamualaikum,” Anis Shakila keluar dari halaman rumah lama milik Puan Hapsah. “Nampaknya, tak lama lagi, aku kena bagitahu hal yang sebenar kat dia,” Puan Hapsah melihat sahaja Anis Shakila dari jauh.
“Assalamualaikum Ila. Kau dah siap assignment Dr Ahmad?” Anis Shakila hanya mengangguk. “Laa, kawan aku sorang ni dah bisu ke? Kau ada problem ke Ila? Kalau ada, ceritalah kat aku. Aku sudi mendengar,” Anis Shakila tunduk. Dia memandang Asyiqin Aqilah, kawan baiknya sejak dari bangku sekolah lagi.
“Mak aku, batuk dia makin lama makin teruklah. Aku nak bawak pergi hospital dia tak nak. Tapi hari tu aku bawa mak aku pergi klinik. Doktor tu kata, mak aku besar kemungkinan hidap kanser paru-paru,” Asyiqin Aqilah terkejut mendengar kata-kata Anis Shakila.
“Ya Allah, habis tu kau nak buat apa?”
“Aku ingat nak kumpul duit. Aku dah dapat kerja part-time kat KFC,” Anis Shakila tunduk. Asyiqin Aqilah duduk disebelah Anis Shakila. “Kalau kau perlukan apa-apa, kau bagitahu aku ya? Aku akan tolong kau selagi aku mampu. Ya?” Anis Shakila tersenyum nipis.
Faizul Hakimi memasuki KFC Shah Alam yang berada berdekatan dengan kampusnya. “Wei, kau nak makan apa? Aku rasa nak makan cheesey wedges dengan OR Fillet,” Amir Azmi memandang muka Faizul Hakimi.
Faizul Hakimi pergi ke kaunter yang kosong. “Cik, OR Fillet ada lagi ke?” Anis Shakila memandang kearah suara tersebut. “OR Fillet? Minta maaf encik. OR Fillet dah habis,”
Faizul Hakimi berpusing kearah Amir Azim yang berada dibelakangnya. “Takde ah, camne? Kau nak makan apa?”
“Apa-apa je la. Asal ada wedges,” Faizul Hakimi mengangguk. Dia memandang muka Anis Shakila yang sedang menyediakan dua set wedges. “Encik, ni wedgesnya. Anything to add with this wedges?” Faizul Hakimi terkedu sebentar. ‘Tak sangka minah fluent cakap english’
“Bagi saya burger ayam biasa dengan float. Dua set okay?” Anis Shakila melemparkan senyuman. Faizul Hakimi terkedu. Jantungnya berdegup kencang. Dia merenung Anis Shakila dari jauh. Anis Shakila meletakkan makanan yang dipesan oleh Faizul Hakimi. “Encik, ni makanan yang encik pesan. Semuanya, RM 18.30,” Faizul Hakimi menyerahkan duit kepada Anis Shakila.
“Lamanya kau order,” Amir Azmi memeluk tubuh.
“Jangan salahkan aku. Tu, kau salahkan perempuan tu. Lembab betul buat kerja. Penat aku berdiri,” Faizul Hakimi meletakkan dulang makanan di atas meja. Hampir setengah jam Faizul Hakimi dan Amir Azmi berada di restoran makanan segera itu. Dia bangun dan hendak keluar. Sedang dia leka berbual, Anis Shakila tidak sengaja terlanggar Faizul Hakimi dan bekas air di tangan Anis Shakila tumpah ke atas baju kemeja Faizul Hakimi.
“Woi, buta ke? Arghh, habis kotor baju aku. Tak guna betul,” Anis Shakila hanya senyap. “Saya minta maaf encik. Saya tak sengaja,” Anis Shakila menyerahkan sapu tangan kepada Faizul Hakimi. Faizul Hakimi menolak kasar tangan Anis Shakila yang menyerahkan sapu tangan kepadanya.
Faizul Hakimi dengan rasa marahnya mengambil air di atas mejanya dan menuangkan di atas kepala Anis Shakila. “Hey, apa yang kau buat kat kawan aku?” Anis Shakila melihat Asyiqin Aqilah berjalan laju kearahnya. Pelanggan lain hanya memandang adegan tersebut.
“Apa aku buat kat kawan kau? Kau tengok. Habis baju aku bau pepsi. Ni lah dia balasannya,” Faizul Hakimi tersenyum sinis. Amir Azmi hanya memandang.
“Saya tahu saya salah sebab saya langgar dan tertumpahkan air atas baju encik. Tapi, sekurang-kurangnya, encik tak perlulah memalukan saya depan semua orang. Saya dah minta maaf. Bukan saya sengaja. Encik takde hak nak pertikaikan tentang balasan. Sebab, hanya Allah sahaja yang boleh menentukan,” Anis Shakila bangun dan meninggalkan Faizul Hakimi yang terkedu.
“Ila! Kau tengok. Ishh… Ila!” Asyiqin Aqilah menjeling kearah Faizul Hakimi dan mengejar Anis Shakila.
“Fulamak bro, ni first time aku tengok ada perempuan yang lecture kau…” Amir Azmi hanya memandang muka Faizul Hakimi dengan wajah yang selamba sebelum mengajak Faizul Hakimi keluar dari restoren itu.
Sudah dua bulan Anis Shakila bekerja di KFC dan penyakit Puan Hapsah semakin buruk. Siapa sangka, Anis Shakila dan Faizul Hakimi itu belajar dalam satu universiti. Anis Shakila sedang berjalan keluar dari perpustakaan kampus. Dia hendak pulang ke rumah. Faizul Hakimi kebetulan berada diluar perpustakaan memerhatikan Anis Shakila dan mengambil keputusan untuk menegur perempuan itu.
“Hey, kau perempuan yang langgar and lecture aku kat KFC few months aga rite?” Anis Shakila terpinga-pinga. Dia cuba mengingati semula wajah lelaki tersebut. “Langgar? Saya tak ingat sangatlah. Lagipun, awak cakap ‘few months ago’ kan? So, saya ni manusia biasa yang kadangkala alpa. Tak mungkinlah saya nak ingat awak. Lagi pun, ramailah costumer kat KFC tu. Bukan awak sorang sahaja,”
Faizul Hakimi menahan marah. “Hey, perempuan, kau dengar sini. Dah lah kau dah langgar aku. Lepas tu kau malukan aku dengan lecture kau tu. Kau dengar sini. Kau jangan ingat aku akan lepaskan kau. Siap aku kerja kan kau nanti. Just wait and see,” Faizul Hakimi menunjukkan jari telunjuknya ke muka Anis Shakila.
Anis Shakila hanya senyum. “Saya hanya menasihati apa yang saya tahu. Sebagai orang islam, apa salahnya kita nasihat menasihati antara satu sama lain? Takpa lah, saya minta diri dulu. Sekali lagi, maafkan saya kalau awak masih marah pasal kes di KFC tu. Assalamualaikum,” Anis Shakila senyum dan berlalu pergi.
“Berani perempuan tu. Nanti kau. Aku jadikan kau musuh dunia akhirat aku,”
“Assalamualaikum! Mak, Ila dah balik ni. Mak? Mak! Mak!” Anis Shakila pelik. Tak pernah Puan Hapsah senyap tanpa menjawab salamnya. Anis Shakila mencari kelibat Puan Hapsah di sekeliling rumah. Namun, dia tidak dapat mencari Puan Hapsah.
Anis Shakila masuk kedalam bilik milik Puan Hapsah. Ada nota di atas katil.
Ila, mak pergi rumah Tengku Azman. Kalau Ila dah baca nota ni, telefon no ni ya nak? Nanti ada orang yang ambil Ila. Ila jangan risau. Mak selamat. Mak tak kan apa-apa.
Anis Shakila pantas mendail nombor telefon tersebut. Setengah jam kemudian, ada sebuah kereta BMW tiba di pekarangan rumahnya. Seorang lelaki dan wanita keluar dari kereta tersebut. Anis Shakila mendekati mereka.
“Tengku, mari kami bawa Tengku pulang ke rumah,” kata lelaki itu sambil membuka pintu untuk Anis Shakila. Anis Shakila memandang pelik muka mereka berdua. Anis Shakila seakan-akan pernah melihat wajah mereka berdua. Wanita tersebut menyuruh Anis Shakila masuk kedalam kereta itu dan Anis Shakila akur.
Anis Shakila memasuki villa milik Tengku Azman. Dia memandang sekeliling dan kepalanya sakit sebelum dia pengsan dia ruang tamu itu.
“Anis, Anis dah sedar?” Tengku Zahrah duduk dibirai katil Anis Shakila. Puan Hapsah duduk dikerusi berdekatan.
Anis Shakila hanya memandang keliling. Dia memandang wajah Tengku Zahrah dan kemudian wajah Puan Hapsah. “Mak, Ila rasa Ila pernah tengok muka mak cik ni. Mak cik ni siapa ya? Kenapa Ila rasa macam familiar je dengan suasana rumah ni? Kenapa Ila rasa Ila pernah tengok muka pak cik ngan mak cik yang ambil Ila tadi? Mak? Kenapa ya?” Anis Shakila bangun dan duduk di atas katil.
“Ila, panggil mak cik ni mama. Mak cik ni mama kamu nak!” Puan Hapsah berkata perlahan. Anis Shakila terus memandang wajah Puan Hapsah.
“Mama Ila? Ila ada mak sorang je. Macam mana pula Ila boleh dua mak ni? Ila tak paham!” Anis Shakila hanya memandang muka kedua-dua wanita itu. Dia mahu penjelasan!
Tengku Zahrah bangun. “Anis, sebenarnya, Anis ni anak mama. 12 tahun lepas, kita satu family accident and Anis hilang ingatan. Pada masa yang sama, ada orang buru mama dengan papa oleh rival syarikat papa. Kami terpaksa lari keluar Negara tapi kamu tahu, kat sana nyawa kamu dalam bahaya. Jadi mama serahkan kamu kepada mak cik Hapsah. Dulu, mak cik Hapsah ni pembantu rumah mama. Lima tahun mama dengan papa terpaksa jadi pelarian di Negara orang. Lepas semuanya kembali seperti asal, mama dengan papa pulang ke Malaysia dan cari kamu. Dan selepas tujuh tahun baru mama jumpa kamu nak… maafkan mama. Maafkan mama sebab tinggalkan kamu dulu,” Tengku Zahrah menahan air matanya.
Anis Shakila senyap. “Jadi, IC Ila tu palsu?” Tengku Zahrah dan Puan Hapsah mengangguk. “Kami, tak sempat nak buat IC Anis yang sebenar. Lagipun, kami kena sorok identiti kamu. Takut ada orang akan apa-apakan kamu. Tapi, sekarang ni semua dah selamat, jadinya mama nak bawa kamu pergi JPN untuk buat IC baru,” Puan Hapsah tersenyum mendengar jawapan Tengku Zahrah. Anis Shakila hanya memandang Puan Hapsah dan Puan Hapsah mengangguk.
“Baiklah, ma… mama,”
Faizul Hakimi masih memikirkan rancangan untuk memalukan Anis Shakila. ‘Apa yang aku nak buat ya? Ahh… aku rasa nak buat macam tu je la. Hehehe…’
Anis Shakila dan Asyiqin Aqilah berjalan masuk ke cafeteria. Sedang mereka berdua berjalan, tiba-tiba ada ‘melaun’ yang baling telur kat muka Anis Shakila. Faizul Hakimi hanya melihat dari jauh. Dia tersenyum dan ketawa.
“HAHAHAHAHAHA!!!! Padan muka kau! Kan aku dah kata, kau jangan cari pasal dengan aku. Kan dah bau macam telur. HAHAHAHA!!!” Faizul Hakimi berbisik di telinga Anis Shakila sebelum beredar pergi macam tu sahaja. Anis Shakila hanya senyap sebelum dia mencapai kasutnya lalu membaling kearah Faizul Hakimi.
Kasut yang dibaling Anis Shakila tepat mengenai kepala Faizul Hakimi. Nasib baik kasut takde heel, kalau tak dah bermalam si Faizul Hakimi tu kat hospital.
“Woi, kau apahal? Yang kau baling kasut kau kat kepala aku ni kenapa?” Faizul Hakimi daang mendekati Anis Shakila. Asyiqin Aqilah hanya melihat. Sama seperti Amir Azmi. Mereka berdua hanya senyap dan menonton ‘filem’ percuma di cafeteria universiti mereka. Pelajar-pelajar lain tidak berani bersuara dan tempat itu semakin lengang.
“Takde apa-apa. Cuma tangan saya terlepas. Tu yang kasut saya terkena kepala awak tu. Sori la ya?” Anis Shakila merampas semula kasutnya dan berlalu pergi. Faizul Hakimi geram lalu menarik tangan Anis Shakila dan merapati dirinya. Nasib Anis Shakila memakai lengan panjang, kalau tak dapat dosa free pula. Anis Shakila hanya memandang wajah Faizul Hakimi. Matanya itu memandang tepat mata Faizul Hakimi sebelum dia merentap tangannya itu.
Faizul Hakimi terkedu! Mata tu! Mata yang aku cari selama ni…
“Hei, awak ni tak tau hukum agama ke? Nak pegang perempuan. Bukan muhrim tau tak? Lain kali sebelum nak buat sesuatu, fikirkan dulu. Jangan nak buat ikut pakai hati je. Dah la Iqin. Aku nak balik. Habis baju aku ni bau telur disebabkan mamat tu,” Anis Shakila dan Amira Asyiqin keluar dari cafeteria itu dan meninggalkan Faizul Hakimi dan Amir Azmi.
“Faiz! Kau ni kenapa? Yang kau tenung perempuan tu kenapa?” Faizul Hakimi tersedar.
“Takde pape,”
Anis Shakila dan Asyiqin Aqilah menaiki kereta BMW milik keluarga Anis Shakila. “Ila, tak sangka rupa-rupanya kau ni anak orang kaya. Dulu waktu kat sekolah kau selalu kena ejek sebab kau ni miskin. Sekali kau, rupa-rupanya anak orang kaya terus,” Asyiqin Aqilah sudah tahu latar belakang sahabatnya itu. Tetapi, Anis Shakila berpesan kepadanya supaya menyimpan rahsianya itu.
“Ala, yang kaya tu mama ngan papa aku. Bukan aku, harta yang ada ni semua hasil titik peluh mama papa aku. Aku nak Berjaya dalam hidup aku and then barulah orang boleh kata yang aku ni kaya or what,”
“Then, syarikat papa kau tu… sapa yang nak usahakan nanti?”Anis Shakila pandang keluar tingkap. “Papa aku kata, abang aku. Tapi aku tak ingatlah sapa abang aku tu,” Asyiqin Aqilah senyap. “Abang kau study lagi ke?”
“A’ah… mama aku kata dia…” Anis Shakila senyap. “Dia apa Ila?”
“Dia senior kita. Satu kolej dengan kita,” Asyiqin Aqilah memandang wajah Anis Shakila. “Serius? Sapalah agaknya kan?”
“Nama dia Tengku Amir Azmi. Aku tak tahu la yang mana satu. Nama ni pun mama aku yang cakap,” Anis Shakila memandang muka Asyiqin Aqilah yang seakan-akan terkejut.
“Tengku… Amir Azmi? Amir Azmi? Eh… aku kenallah sapa Tengku Amir Azmi ni. Kau ingatkan mamat yang kau baling kasut tadi tu?” Anis Shakila hanya mengangguk. “Kawan mamat tu la Amir Azmi. Aku tak tahu pulak dia tu ada nama ‘Tengku’ kat depan nama dia,”
Anis Shakila diam sepi. Dia cuba mengingat wajah lelaki yang Asyiqin Aqilah beritahunya tadi. “Malam nanti aku tanya mama aku lah. Kalau tak pun, aku masuk bilik dia senyap-senyap,”
“Amir, mata budak tadi tu… mata dia macam… macam… macam mata Anis,” Faizul Hakimi berkata perlahan. Amir Azmi mengeluh. “Aku sangkakan kau dah boleh lupakan adik aku tu. Kita pun tak tahu yang adik aku tu hidup ke tak lagi… dah bertahun wei…” telefon bimbit Amir Azmi berbunyi. Mama.
“Assalamualaikum ma. Ya ma? Haa? Betul ke? Ok ok. Amir balik. Orite, assalamualaikum,” Amir Azmi tersenyum. Faizul Hakimi mengerutkan dahinya. “Kau kenapa Amir?”
“Aku nak balik rumah jap. Mama aku call. Nanti aku cerita kat kau okay? Aku gerak dulu. Assalamualaikum,” Amir Azmi keluar dari rumah sewa itu.
Anis Shakila melihat wajah abangnya yang baru tiba. Amir Azmi terkejut. Dia berjalan kearah Tengku Zahrah dan Tengku Azman. “Ma, Pa, dia ke adik Amir? Anis? Betul ke ma?” Tengku Zahrah bangun dan tersenyum. “Betul Mir, dia adik Amir. Adik Amir, Anis. Kenapa Amir?”
Amir Azmi berjalan mendekati Anis Shakila dan memeluk adiknya itu. “Adik, abang rindu adik,” Anis Shakila hanya senyap. Perlahan-lahan dia cuba mengingati siapakah lelaki yang menggelarkan dirinya abang itu.
“Abang? Abang ni bukan ke kawan lelaki yang Anis baling kasut tu ke?” Amir Azmi ketawa. Dia mengangguk. “Abang, abang tolong adik boleh? Jangan bagi tahu kawan abang tu yang adik ni adik abang tau,”
“Kenapa?”
“Biarlah, dia dah istiharkan perang antara kami berdua. So, if he want fight. So bring it on,”
“Adik ni… ya lah. So, kat kampus kita ni strangers la kan? Ada siapa-siapa yang dah tau pasal kita?” Anis Shakila mengangguk. “Kawan adik. Asyiqin Aqilah tu,”
“Ahh… Aqilah yang pakai spek tu? Yang putih-putih tu ke?”
“Yesh… kenapa? Abang suka Iqin ke?” muka Amir Azmi merah. “Eh, mana ada. Pandai-pandai adik je. Abang selalu Nampak dia kat library. Tu je,”
Anis Shakila menyiku lengan abangnya. “Ala, kalau kata suka cakap je. Anis kasi green light punya. Mama dengan papa pun mesti suka dengan Iqin tu. Orang nya baik budi bahasanya. Doktor-to-be macam Anis juga,” Amir Azmi senyum. “Ada-ada je adik ni ya? Nanti dia…”
Anis Shakila tersenyum manis. Amir Azmi senang hati. ‘Faiz… adik aku dah balik. Aku harap kau happy bila satu hari nanti kau tahu yang budak yang baling kasut tu adik aku. Tak sangka kau dekat sangat dengan adik aku ni’
Sedar tak sedar… pejam celik… dah setahun lebih Anis Shakila tinggal di rumah Tengku Zahrah. Puan Hapsah pun dah semakin baik keadaannya. Amir Azmi sudah mengambil alih syarikat keluarga itu. Dua bulan lagi, Anis Shakila akan graduate. Hubungan Faizul Hakimi dan Anis Shakila masih seperti biasa. Pantang berjumpa, pasti ada sahaja benda yang hendak didebat.
“Amir, aku rasa… aku rasa aku ni in love lahh…” Amir Azmi memandang muka Faizul Hakimi.
“Kau in love dengan siapa? Ceritalah kat aku,”
“Aku nak cerita la ni. Sabar,”
“Okay. Sorry. Ceritalah,” Faizul Hakimi menceritakan siapakah wanita yang di cintai itu. Amir Azmi tersenyum dengan lebarnya apabila mendengar jawapan Faizul Hakimi “… aku suka si Ila tu,”
“Haa… tu la kau. Dulu selalu sangat kau gaduh dengan dia. Sekali kau tersangkut dengan dia. Padan muka kau,”
“Entahlah, aku pun tak tahu. Lagi pun, mata dia tu… her eyes reminds me of Anis. Sumpah wei, aku rindu Anis,” Faizul Hakimi memandang keluar tingkap.
Amir Azmi bangun dan mendekati Faizul Hakimi. “Kalau kau ada jodoh dengan adik aku, tak kan kemananya. Kau jangan risaulah. Apa-apa pun, aku doakan kau hopefully An… eh Ila tu suka kat kau juga ya?” Amir Azmi hampir menyebut nama Anis Shakila. Faizul Hakimi hanya mengangguk lemah.
“Kau tak nak confess kat dia ke?” Amir Azmi bertanya setelah sekian lama mereka berdua senyap.
“Bukan aku tak nak confess. Tapi, mak aku dah arrange marriage aku. Aku pun tak pasti sapa future wife aku. Perkahwinan tu tiga bulan dari sekarang. Tu yang aku tak berani kata apa-apa dengan mama aku. Takut dia kena heart attack pula,”
Amir Azmi memandang laptop yang berada di hadapannya. “Arrange marriage? Kenapa kau tak nak tau sapa future wife kau? Yalah, mana tahu, kau boleh bercinta dengan dia dulu sebelum kau kahwin dengan dia,”
“Biarlah wei, malas aku nak ambil tahu. Takpe lah Amir, aku balik office aku balik. Kang papa aku Nampak aku menghilang, memang dapat khutbah free kat situ,” ketawa Amir Azmi mendengar jawapan sahabatnya itu. ‘Faiz… kau tak tahu orang yang kau suka tu adik aku, Anis yang kau cari, dan juga bakal isteri kau tu… sebenarnya orang yang cintai. Anis? Dia ada perasaan ke kat Faiz ni? Hmm… nak kena siasat ni,’
Kepulangan Anis Shakila dari hospital disambut gembira oleh Amir Azmi. “Anis, baru balik? How’s your day kat hospital? Ni first day kan?”
Anis Shakila memandang muka Amir Azmi dan meletakkan tangannya di dahi Amir Azmi. “Abang okay ke? Kalau tak okay, meh Anis bawa abang pergi hospital. Buang tabiat ke abang ni? Tak pernah-pernah sambut Anis macam ni? Kenapa? Iqin setuju nak kahwin ngan abang ke?” Anis Shakila mengangkat kening kanannya sambil tersenyum makna.
“Eh, ke situ pula dia. Bila masa pula abang ajak Iqin kahwin? Memandai Anis saja ehh?” Amir Azmi mencubit lengan Anis Shakila. “Dah lah, pergi mandi. Abang tengok Anis ni dengan baju kurung ni macam baru balik dari kubur tau. Pergi tukar baju. Lepas tu teman abang dinner. Abang ada benda nak cakap dengan adik abang sorang ni,”
“Okay la abang ku tersayang. Adikmu, Anis Shakila pergi mandi ya? Abang tunggu Anis tau. Anis nak solat maghrib sekali,” Amir Azmi mengangguk dan Anis Shakila berlari anak menuju ke biliknya.
“Mir, kamu nak cakap dengan Anis ke pasal wedding dia tu?” Tengku Zahrah duduk di meja makan sementara menunggu Anis Shakila. Amir Azmi hanya mengangguk.
“Baguslah kamu yang cakap dengan dia. Kamu kan rapat dengan dia. Tapi, papa rasa Anis still tak ingatkan siapa kawan ‘sepermainan’ dia tu kan?” Tengku Azman memandang wajah anak lelaki tunggalnya itu.
“Tak… bila Amir tanya pasal kisah silam dia waktu kecil Anis tak boleh ingat langsung katanya,”
“Takpelah, kita berdoa saja lah hopefully Anis boleh ingat semula,”
Anis Shakila turun ke meja makan. “Sorry, abang, mama, papa… mesti lama tunggu Anis. Mak mana mama? Tak nak makan ke?”
“Mak? Mak kamu dah makan tadi. Sebab nak makan ubat. Mak ada kat bilik, tengah mengaji,”
“Oh… okay. Jom makan, dah la tadi tunggu Anis,” Anis menyenduk nasi kepinggan Tengku Azman dan Tengku Zahrah. Kemudiannya, ke pinggan satu-satunya abangnya, Tengku Amir Azmi.
“Thanks adikku,” Anis Shakila hanya tersenyum manis. Selesai makan, Anis Shakila mengemas meja makan dan ke ruang tamu.
“Tadi abang ada cakap yang abang nak bincang something dengan Anis. Ada apa?” Amir Azmi semakin tidak selesa mendengar soalan Anis Shakila itu.
“Macam ni adik, kamu tahu kan yang mama pernah kata dengan kamu yang mama dengan papa dah arrangekan marriage kamu? Kamu tak ada bantahan kan?” Anis Shakila menggeleng. “Apa yang terbaik buat mama dengan papa, maksudnya itu juga terbaik buat Anis. Anis ikut saja,”
“Macam tu, pihak lelaki kata your wedding akan diadakan dua bulan dari sekarang. Kamu okay kan? Pakaian kamu dah tengok kan last week? So, two months from now, kamu tak payah buat apa-apa pun, kamu teruskan dengan kerja kamu dekat hospital okay? Kad, mama dengan papa yang akan uruskan,”
Anis Shakila tersenyum nipis. Hatinya sebenarnya berat mahu menerima keputusan Tengku Zahrah dan Tengku Azman itu, namun dia sedar, restu ibu bapa adalah yang paling penting dalam sesuatu hubungan. Jadinya dia terpaksa akur dengan keputusan itu, kerana dia yakin itu adalah yang terbaik buat dirinya.
Selesai perbincangan itu, Anis Shakila masuk kebilik abangnya. “Abang, abang sibuk tak?” Amir Azmi membalas soalan Anis Shakila itu dengan senyuman. Anis Shakila terus masuk bilik tersebut.
“Kenapa ni adik? Anis ada masalah ke?” Anis Shakila hanya senyap. Dia menggeleng.
“Kalau takde masalah, kenapa muka tu dok masam je. Bibir tu memuncung je, dah macam woody woodpecker la adik ni. Nasib baik cute,” Amir Azmi mencubit pipi gebu Anis Shakila.
“ABANG! Sakitlah…” Anis Shakila menepis tangan Amir Azmi. Amir Azmi lepaskan cubitannya itu.
“Tahu pun sakit. Okay! Sekarang cerita dengan abang. Apa masalah Anis. Kenapa muncung je? Anis tak setuju dengan wedding tu ke?”
“Anis bukan tak setuju, tapi Anis rasa sedih. Tak tahu kenapa? Rasa sedih bila dapat tahu yang perkahwinan Anis diatur oleh keluarga…. Anis…. Anis ada suka kan sese… seseorang ni…”
Amir Azmi tersenyum. “Anis suka sapa? Cerita kat abang,”
“Anis tak pastilah Anis ni betul-betul suka kan dia. Tapi, sejak akhir-akhir ni kalau Anis jumpa dia, mesti jantung Anis berdebar. Kalau macam tu maksudnya kita suka kan orang tu kan?”
“Hmm… boleh abang tahu sapa gerangan itu?”
Anis Shakila senyap. Hampir sepuluh minit Amir Azmi menunggu jawapan Anis Shakila.
“Adik…”
“…Anis…”
“Anis Shakila! Answer me,”
Sudah hampir 15 minit Anis Shakila senyap.
“Tengku Anis Shakila Tengku Azman… please answer me. Abang tak kan bagi tahu mama papa punya. Janji,” Amir Azmi mengangkat tangan kanannya seakan-akan berikrar.
“Janji ya?” Amir Azmi mengangguk laju.
“Anis rasa… rasa okay? Anis rasa Anis suka kan kawan abang tu… yang suka gaduh ngan Anis tu,”
Amir Azmi tersenyum makna. ‘Ya Allah, Anis suka Faiz… Faiz, aku yakin, kau akan bahagia dengan orang yang kau cintai ini, kerana dia pun cintai kau Faiz’
“Ohh… Anis suka Faiz? Tak sangka ek?” Anis Shakila sudah malu. Merah pipi putihnya itu.
“Anis nak tahu tak sapa future husband Anis? Abang kenal dia. Anis nak jumpa dia tak?”
“Tak naklah abang. Biarlah lagi dua bulan baru Anis jumpa dia. Sekarang ni, dah malam so Anis nak masuk bilik and Anis… Anis nak cuba lupakan abang Fa… Faiz tu,” Anis Shakila bangun dan keluar dari bilik Amir Azmi.
‘Anis, tak payah lupakan dia. Sebab, Anis akan jumpa dia hari-hari lepas Anis berkahwin nanti’
Amir Azmi senyum. Telefon bimbitnya berbunyi. Faiz Hakim aka Faizul Hakimi. “Assalamualaikum, haa… ada apa kau call aku malam-malam ni?”
“Wedding aku…. Wedding aku dua bulan lagi. Aku ingatkan nak suruh kau jadi pengapit aku nanti. Boleh tak?”
“Aik, cepatnya kau lantik aku jadi pengapit kau. Kau happy ke dengan wedding ni?”
“Happy ke tak happy, aku kena juga kahwin. Aku nak lupakan si Ila tu. Aku tak nak bila aku dah kahwin tapi aku masih Nampak bayangan dia kat mata aku ni,”
“Ala, kalau ada jodoh kau dengan dia. Insyaallah, tak kan kemananya. Apa-apa pun aku doa hope kau bahagia okay?”
“Kau cakap macam aku ni esok nak kahwin pula. Wedding aku dua bulan lagilah,”
“HAHAHA… apa salahnya aku doa awal-awal,”
“Apa-apalah, aku chow dulu. Assalamuaikum,” Amir Azmi meletak telefon bimbitnya di sebelah laptop miliknya. ‘Susahnya… masing-masing suka sama lain. tapi, dua-dua tak nak tahu sapa bakal suami and bakal isteri. Haih… kena tunggu dua bulan lagi lah macam ni.’
Anis Shakila membuka akaun facebooknya. Dilihat Asyiqin Aqilah sedang online. Terus dia menegur.
Anis Shakila : Iqah, wedding aku 2 bln lg… L
Iqin Ilah : Kau dh tau sapa kau punya future husband?
Anis Shakila : Abg aku knl dia tp aku x nk amik tau…
Iqin Ilah : nape pulak? Kau x dpt lupakn Faiz ke?
Anis Shakila : im trying rite now k? aku nk lupakn dia 4ever… aku dh nk kwin… x kn aku nk cintakn org lain lak…
Iqin Ilah : yela Ila… aku doakn kau bahagia k?
Anis Shakila hanya mengeluh membaca ayat rakan karibnya itu. Hampir satu jam Anis Shakila chatting dengan Asyiqin Aqilah. Setelah itu, dia merebahkan diri di atas katil empuknya. Dia jauh termenung. Memori bagaimana dia dan Faizul Hakimi berjumpa. ‘Kenapa aku rasa aku kenal dia? Siapa dia ni? Kenapa aku tak boleh ingat?’
Anis Shakila cuba melelapkan mata. Namun masih tidak Berjaya. Dia bangun dan mengambil wudhuk, moga hatinya lebih tenang. ‘Ya Allah, kau buangkanlah perasaanku terhadap dia… aku tidak mahu diriku diselubungi dosa apabila aku berkahwin nanti… sudah berkahwin namun menyintai lelaki lain… aku tak mahu perkara sebegitu berlaku Ya Allah… aku memohon kepadaMu, kau kabulkanlah doaku. Amin…’ Anis Shakila melelapkan mata dengan tangisan.
Faizul Hakimi duduk dibirai katil. Dia baru sahaja selesai solat sunat hajat. Faizul Hakimi meraup wajahnya. ‘Kenapa? Kenapa aku tak berani nak beritahu perkara yang sebenar? Ya Allah, macam mana ni? Kau buangkanlah perasaanku ini. Dan… Kau bukakanlah pintu hatiku untuk bakal isteriku yang bakal aku nikahinya dua bulan dari sekarang’ Faizul Hakimi bangun dan menutup lampu bilik dan melelapkan mata.
“Lawanya anak mama…” Tengku Zahrah melihat Anis Shakila yang sedang bersiap. Pejam celik, dua bulan tersebut telah berlalu. Hari ini, Anis Shakila akan menikah.
“Weih bro, asal kau bawa aku pergi rumah kau?” Faizul Hakimi melihat Amir Azmi yang sedang memandu. Hari ini jugalah Faizul Hakimi akan menikah. Tetapi, Faizul Hakimi pelik. ‘Kenapa nak bawa aku pergi rumah dia ni?’
“Amir, aku nak nikah lagi sejam tau. Asal kau bawa aku pergi rumah kau ni?”
“Ala, sekarang ni aku driver kau. So kau tutup mulut. Dah jom keluar,” Amir Azmi keluar dari kereta. Faizul Hakimi melihat kereta papanya. Tiba-tiba dia teringatkan Anis.
Faizul Hakimi masuk perlahan-lahan… Tok kadi sudah bersedia untuk mengijab kabulkan pengantin ini. Amir Azmi tersenyum manis memandang kawan baiknya itu.
Dengan sekali lafaz, Anis Shakila sah menjadi milik Faizul Hakimi. Faizul Hakimi terus berdiri menghadap Amir Azmi. “Kenapa, kenapa kau tak pernah bagitahu yang adik kau hidup lagi? Kenapa? Sampai hati kau Amir,” Faizul Hakimi sebak. “Kalau tahu dia masih hidup… aku mesti tak kan jatuh cinta dengan Ila,”
Asyiqin Aqilah hanya berdiri di sebelah Amir Azmi. Amir Azmi memegang bahu Faizul Hakimi. “Lepas ni, semua persoalan kau akan terjawab. Sekarang ni kau pergi sarungkan cincin. Nanti apa pula orang kata. Dah! Pergi…” Amir Azmi menolak lembut Faizul Hakimi.
Datin Azimah, mama Faizul Hakimi menahan. “Faiz, biar mama yang sarungkan cincin okay? Ala, kejap lagi kamu dapat tengok siapa isteri kamu tu. Macam mana rupanya. Boleh ya sayang?” Faizul Hakimi mengangguk.
Jam sudah menunjuk ke 10 malam. Semua tetamu sudah pulang, mama dan papa Faizul Hakimi juga sudah pulang. Kini dia sudah dua jam bergelar suami. Setelah semua urusan selesai, Faizul Hakimi naik ke bilik Anis Shakila.
Faizul Hakimi membuka pintu perlahan-lahan dan dia terlihat wajah isterinya itu. Terbeliak mata mereka berdua.
“Awak,”
“Kau,”
Serentak mereka berkata.Faizul Hakimi masuk. Dia duduk di sofa. ‘Macam mana Ila boleh jadi isteri aku? Aku kahwin dengan adik Azmi…’
“Ila…” Anis Shakila memandang muka Faizul Hakimi.
“What’s your full name?”
“Ehh…?” Anis Shakila pelik.
“I ask you, what’s your full name?”
“Aaa… Tengku… Tengku Anis Shakila Tengku Azman,” Anis Shakila berkata perlahan.
“So, Ila.. Ila ni Anis yang hilang dulu tu?” Anis Shakila hanya mengangguk. Faizul Hakimi bangun dan mendekati Anis Shakila sebelum menariknya kedalam pelukan. Anis Shakila terkedu. Jantungnya berdegup kencang.
“Anis, abang rindukan Anis,” jawapan Faizul Hakimi “Kenapa? Kenapa Anis tak pernah bagitahu abang yang Ila tu sebenarnya Anis? Kenapa? Abang rindukan Anis. Dekat 12 tahun kita tak berjumpa…” Anis Shakila membalas pelukan Faizul Hakimi.
“Maafkan Anis. Anis yang suruh abang Amir rahsiakan. Maaf abang,”
“Emm… takpe. Tapi memandangkan Tengku Anis Shakila yang abang cari tu dah ada depan mata, abang nak cakap sesuatu ni. Meh telinga tu,” Anis Shakila merapatkan telinganya ke Faizul Hakimi.
Faizul Hakimi tersenyum lalu membisikkan di telinga Anis Shakila. “I love you!” Darah menyerbu naik ke muka Anis Shakila. Merah padam mukanya.
“Laa… blushing pula. Cutenya! Janganlah malu-malu. Anis dah jadi isteri abang, janji dengan abang, stay with me forever till death separated both of us,” Anis Shakila mengangguk.
“Abang…” Faizul Hakimi berpaling. Anis Shakila meghadiahkan ciuman di pipi suaminya. Faizul Hakimi tersenyum bahagia. “I love you too,” Anis Shakila membalas senyuman Faizul Hakimi.
😀😀😀