Hari sudah menginjak ke malam. Semua bekas penduduk Kampung Aedes Elysiae terpaksa bermalam di luar. Mereka membuat unggun api di tengah kem sementara. Nasib baik Ketua pengawal sempat mengambil beberapa khemah kecemasan dari dalam dewan. Ia tak mampu memuatkan semua orang, jadi cuma wanita dan kanak-kanak akan menggunakannya. Dia duduk dekat dengan unggun api untuk hangatkan badan. Waktu malam di sini sangat sejuk.
"Kapten. Esok kita bertolak awal ke? Saya risau mereka akan pergi ke tempat lain pula", dia meluahkan apa yang dirisaukan.
"Kita bertolak awal esok. Aku tak rasa mereka akan terus pergi ke mana-mana", mesti ada sebab mereka datang ke sini.
"Macam mana Kapten tahu?"
"Aku tak pasti. Tapi... mereka macam mencari sesuatu. Kamu pun nampakkan siapa yang bawa semua titankin tu"
"Ya. Pahlawan pedang tu", dia melihat penduduk lelaki yang lain yang sedang tidur dekat dengan unggun api. Ada beberapa orang berjaga untuk pastikan mereka selamat. Walaupun tak ada titankin, haiwan buas masih ada.
"Kalau kamu nak tidurlah dulu"
"Kapten pula?", dia berbaring di atas tanah.
"Lepas kamu nanti", dia terus memejamkan mata selepas mendengar balasan Kapten. Seharian dia berkejar ke sana ke mari. Dapat tidur sekejap pun jadilah.
⚜️⚜️⚜️
Phainon membuka mata. Dah pagi? Dia melihat cahaya matahari dari tingkap. Muka ibu dilihat. Dia nak biarkan ibu tidur lebih lama jadi dia turun dari katil dengan senyap. Dia mengambil pakaian dalam beg lantas pergi mencari tuan rumah.
"Selamat pagi", dia menjenguk ke dapur.
"Selamat pagi Phainon", dia melihat baju di tangannya.
"Pergilah mandi. Bilik mandi di situ", dia menoleh ke ruang menuju ke kanan dapur.
"Terima kasih", senyum Phainon. Dia tersenyum. Kuatnya dia. Kampungnya habis dicerobohi titankin tapi dia masih mampu tersenyum.
Ibu Phainon bangun kemudian dan mencari anaknya. Mesti dia dah bangun tadi. Dia lantas pergi mencari dan mendengar suara Phainon di dapur. Dia melihat anaknya sedang membantu di dapur sambil rancak berborak dengan tuan rumah.
"Selamat pagi", mereka berdua menoleh.
"Ibu", senyum Phainon.
"Baiknya anak ibu ni tolong di dapur", dia tersenyum melihat mereka berdua.
"Mandilah dulu. Sarapan dah nak siap"
"Baiklah", dia mengusap rambut Phainon.
Mereka makan bersama keluarga tuan rumah. Ibu Phainon membasuh segala pinggan dan gelas selepas makan. Phainon sedang berborak dengan Mila, satu-satunya anak mereka.
"Phainon memang anak yang peramah. Mila tu pemalu sikit. Ada jugalah yang mahu berborak dengannya", kata isteri penghulu. Phainon dan Mila lebih kurang sebaya.
"Dia memang peramah dengan semua orang. Cuma kadangkala buat saya risau juga. Dia pernah cedera sebab nak selamatkan orang sebelum ini", katanya membuka cerita.
"Ohh. Dia macam ayahnya juga", senyumannya.
"Haha. Ya. Dia cakap nak jadi hero untuk lindungi kampung kami", dia tersenyum memikirkan memori di mana suaminya mengajar Phainon di belakang rumah.
Penghulu sedang berborak dengan Ketua Pengawal yang datang menghantar laporan.
"Buat masa ini semua macam biasa. Kami rancang nak bina pagar di sekeliling kampung"
"Boleh juga. Panggil juga orang kampung. Dapat kita siapkan dengan cepat", dia menoleh ke Mila dan Phainon. Dia sanggup lakukan apa saja untuk lindungi kampung ini dan keluarganya dari bahaya.
⚜️⚜️⚜️
Ketua pengawal mendahului di depan. Dia tahu jalan ke Kampung Erze memandangkan dia selalu ke sini. Anak dan isterinya mesti sudah sampai. Semalam mereka hanya berjalan dalam satu per tiga jarak ke Kampung Erze. Bila sampai nanti dia perlu berjumpa dengan Penghulu dan minta dia untuk memohon bantuan dari bandar terdekat. Pasukan tentera mereka pasti lebih setanding untuk bersemuka dengan titankin.
Mereka terpaksa berhenti beberapa kali disebabkan kanak-kanak yang kepenatan. Tubuh kecil mereka tak mampu berjalan lama. Nampaknya titankin tu semua tak kejar kami.
"Kapten jauh lagi ke?", tanya seorang penduduk.
"Kejap lagi. Dah tak jauh", dia memberi senyuman.
"Kapten pernah pergi ke Kampung Erze?", tanya si pengawal.
"Aku selalu pergi", cuma tak pernah bawa Phainon.
Seketika kemudian, dia nampak tembok kayu di hadapan. Mereka bina pagar ke? Ia nampak kukuh. Sekurang-kurangnya ini boleh halang mereka masuk dengan mudah. Dia segera pergi ke pengawal yang berjaga di pintu masuk.
"Selamat pagi. Kamu semua dari Kampung Aedes Elysiae?", katanya tanpa sempat dia membuka mulut.
"Ya", mesti isterinya ada memberitahu kami akan datang.
"Buat masa ini kami tempatkan kamu semua di dewan. Ikut saya", dia membawa mereka. Semua penduduk kelihatan lega dapat berlindung dengan selamat. Mereka semua diberi makan dan minum.
"Kamu perlu ikut saya jumpa Penghulu. Kamu Ketua pengawal kan?"
"Ya. Saya ada sesuatu yang hendak dikatakan juga" ,dia melihat pintu rumah penghulu. Di mana agaknya mereka?
"Ayah", dia menoleh ke suara Phainon. Dia sedang berlatih pedang di laman rumah. Pedang terjatuh dari tangan lantas dia berlari ke arahnya. Phainon memeluk erat ayahnya.
"Phainon. Kamu sihat?", walaupun baru semalam mereka berjumpa, waktu seakan berputar perlahan.
"Sihat. Ibu ada di dalam", dia meleraikan pelukan.
Si pengawal mengetuk pintu dan menyampaikan laporan kepada penghulu sebelum pergi menyambung tugas. Isterinya terus berlari ke pintu depan setelah mendengar kata-kata si pengawal. Mereka berdua berpelukan sekejap. Jatuh juga air matanya bila tahu suaminya selamat.
"Ehem. Saya tahu kami berdua gembira tapi kamu boleh teruskan nanti", penghulu mencelah. Isterinya tertawa kecil. Dia pun tumpang gembira.
"Kamu yang jumpa titankin tu?"
"Ya. Mereka muncul tiba-tiba di tengah kampung dengan seorang wanita di tangannya. Kami tak sempat selamatkan dia. Pada mulanya kami ingat cuma seorang saja. Tapi lama kelamaan semakin ramai yang muncul. Mereka diarah oleh seseorang. Dia seorang pahlawan pedang. Berpakaian serba hitam dan bertopeng", dia menceritakan semula bagaimana ia terjadi.
"Saya nak minta Tuan mohon pertolongan dari pasukan kesatria dari bandar. Cuma mereka yang mampu hapuskan Titankin dalam jumlah itu"
"Saya memang rancangan nak mohon pertolongan juga selepas mendengar penjelasan kamu. Sekarang saya sudah dapat kepastian. Saya akan terus hantar Telegram. Kamu boleh tinggal di sini dahulu. Saya akan minta penduduk kampung tengokkan mereka yang lain", dia terus bangkit dan menuju ke bilik. Surat dihantar melalui Telegram. Harap-harap bantuan sampai segera. Dia merenung ke luar jendela.
⚜️⚜️⚜️
Dia menyalin salinan Telegram yang baru sampai. Setelah membaca dia terus bangun dan mendapatkan pegawai bertugas.
"Hantar ini kepada Kapten. Katakan ia kecemasan", pegawai itu mengangguk dan berlari ke bangunan kesatria. Dia mengetuk pintu bilik pejabat.
"Masuk", kata suara di dalam. Dia mengangkat muka untuk melihat siapa yang masuk.
"Kenapa? Kamu nampak cemas", si penghantar laporan kelihatan tercungap-cungap mengambil nafas dek berlari sepantas kilat.
"Kapten. Kecemasan. Kami dapat laporan Titankin berada di Perkampungan Aedes Elysiae"
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments