Bab 2

Setelah melambai ayahnya yang bertolak ke tempat kerja, Phainon berlatih pedang sendiri di halaman rumah. Dia meminta ayahnya mengajar teknik pedang sejak dia menyatakan hasrat mahu menjadi seorang hero. Ayahnya tersenyum mendengar. Tidak sekalipun meremehkan cita-citanya. Dia siap berpesan untuk selalu berlatih apa yang diajarnya walaupun dia tiada di sisi. Setelah itu dia turut melatih stamina dengan melakukan beberapa senaman yang ditunjuk ayahnya.

          Selepas selesai rutin dia pergi mandi dan membantu ibunya mengemas rumah dan memberi makan haiwan ternakan. Si gadis mengetuk pintu rumah. Si ibu membuka pintu.

          "Phainon. Cyrene dah datang. Masuklah dulu", Fina duduk menunggu di ruang tamu.

          "Cyrene. Jom kita pergi", kata Phainon dengan gembira.

          "Kita nak pergi ke padang ke?"

          "Ya. Khaiza dah tunggu rasanya", mereka berjalan ke padang yang terletak tidak jauh dari situ melalui sawah padi yang bersinar keemasan di bawah terik matahari. Phainon dapat lihat Khaiza duduk menunggu di bawah sepohon pokok di tengah sawah.

          "Khai. Kamu ada bawa?", kata Phainon sebaik sampai. Khaiza mengeluarkan pedang kayu yang dibawa. Jenuh dia minta bapanya buatkan.

          Phainon mengajar dia teknik pedang sambil diperhati Cyrene. Bosannya. Dia menikmati angin yang bertiup lembut. Ranting kayu diambil lalu dia mula melukis. Phainon dan Khaiza leka dengan hal sendiri sementara Cyrene melukis di tanah. Selepas dalam sejam barulah mereka berdua berhenti berlatih dan duduk di akar pokok untuk melepaskan penat.

          "Cyrene. Kamu lukis apa tu?", tanya Khaiza. Dia melihat lebih dekat. Hmm? Nampak macam...

          "Apa tu?", Phainon turut mencelah. Dia terlihat lukisan Cyrene di tanah.

         "Ohh Kamu lukis kami ke?", terus tersenyum Phainon.

         "Saya bosan. Tengok. Saya lukis kamu berdua berlawan", Cyrene memang pandai melukis. Memang nampak seperti mereka. Dia tersenyum bila melihat Phainon dan Khaiza gembira.

          "Jomlah pulang. Aku dah lapar ni", ajak Khaiza. Mereka melalui jalan yang sama dan menghantar Phainon pulang dahulu. Dia masuk ke dalam dan mencari ibu di dapur.

          "Ibu. Saya dah pulang", si ibu menoleh. Dia sedang memasak lauk.

          "Tolong ibu ambil pinggan dan susun atas meja. Ayah pulang makan kejap lagi", pesannya. Phainon lakukan seperti yang diminta. Selesai letak semua pinggan, mangkuk, kutleri dan gelas, dia pergi ke ibunya dan melihat apa yang dimasak. Sedapnya bau. Terliur dia.

          "Lapar ya. Tak lama lagi siap. Pergilah duduk", Sup daging yang penuh dengan daging, kentang dan sayuran lain digaul sehingga kuahnya pekat. Api ditutup. Lauk dikaut ke dalam tiga mangkuk lalu diletak di meja. Phainon tak lupa meletak roti untuk dimakan bersama. Mereka berdua duduk menunggu di meja makan. Masa berlalu sangat perlahan. Phainon melihat jam di dinding. Lambatnya ayah.

          Tak lama kemudian, kedengaran bunyi pintu dibuka dan bunyi derap tapak kasut yang melangkah dengan pantas. Ayahnya sampai dengan riak wajah cemas. Dia nampak lega bila melihat anak dan isterinya selamat. Mereka belum sampai sini lagi.

          "Sayang. Dengar sini. Saya nak kamu dan Phainon pergi kemas barang. Tak payah bawa banyak sangat. Kita perlu pergi dari sini", dia melihat keadaan di belakang rumah dari tingkap dapur.

          "Kenapa? Ada sesuatu terjadi?", katanya dengan tenang walaupun rasa gemuruh mula muncul di hati.

          "Black Tide. Titankin muncul di kampung tadi. Semua pengawal sedang berhadapan dengan mereka. Buat masa ni kami minta semua penduduk berkumpul di dewan serbaguna. Tapi kemungkinan besar kita semua akan berpindah ke tempat lain", lauk di atas meja dilihat. Tak dapatlah dia menikmati masakan isterinya.

          "Phainon. Kamu pergi kemas barang dulu", Phainon mengangguk. Dia dapat rasa ketegangan di udara. Dia bergegas ke tingkat atas.

          "Macam mana mereka boleh sampai sini?", kata si isteri. Dia mengambil bekas makanan untuk menyimpan lauk dan roti. Bolehlah dimakan bila-bila masa.

          "Tak pasti. Mereka mungkin dah berada dekat dengan kampung ni. Dah ada beberapa orang mati. Sayang...", dia mengangkat muka bila mendengar nada si suami.

          "Kalau apa-apa terjadi pada saya. Saya nak kamu bawa Phainon jauh dari sini. Saya tak boleh tinggalkan mereka", dia memegang kejap bahu isterinya.

          "Mestilah. Sayang pun hati-hati. Saya nak kamu pulang kepada kami", dia tahu hati isterinya mesti gusar memikirkan apa yang dia akan hadapi. Pelbagai kemungkinan berputar di fikiran.

          "Saya akan cuba. Kalau keadaan jadi lebih teruk semua orang akan bergerak keluar dari kampung ni dan cari tempat selamat. Saya tahu ini sukar untuk kamu dan Phainon. Janji dengan saya kamu akan jaga diri", dia memeluk erat isterinya. Ini mungkin pelukan terakhir. Phainon tiba dengan beg di bahu.

          "Phainon. Kamu jaga ibu baik-baik", dia mengusap rambutnya. Dia mengambil jam poket yang selalu dibawa lalu diletak ke tangan Phainon.

          "Ayah beri kamu ni. Boleh jagakan untuk ayah?", senyumannya.

          "Erm. Ayah kena ikut kami nanti", pesannya dengan risau. Dia tahu ayahnya Ketua pengawal dan perlu melindungi penduduk lain.

          "Ayah janji. Pergi ke kampung seterusnya dan beri amaran kepada mereka. Ini tugas kamu"

"Saya pergi dulu. Ambil peta dalam bilik kita, di dalam laci. Pergi ke kampung terdekat", dia memeluk isterinya buat kali terakhir. Dia menuju ke pintu dapur dan memberi senyuman lalu beredar keluar ke kampung semula.

"Phainon tunggu sini. Ibu pergi kemas barang dan ambil peta kejap"

Phainon pergi ke muka pintu dan melihat sekeliling rumah. Belum ada tanda-tanda titankin sudah sampai ke sini. Rumah mereka agak jauh dari kawasan tengah kampung. Ibunya turun ke bawah, lantas mereka bergegas keluar dari kampung. Hari masih awal petang jadi mereka mungkin sampai ke kampung sebelah sebelum senja. Itu pun kalau tiada halangan.

Mereka melalui jalan tanah di bawah terik matahari. Sepanjang perjalanan Phainon sentiasa memerhati sekeliling mereka. Bimbang kalau ada titankin di sekitar ataupun raksasa buas. Setakat ini, mereka berjalan dengan tenang tetapi dengan langkah yang cepat.

⚜️⚜️⚜️

Seorang demi seorang titankin muncul dan menyerang pengawal. Hampir kesemua penduduk telah berkumpul di dewan serbaguna. Mereka sudah kepenatan menghalang kemaraan titankin. Ada beberapa yang berjaya ditumpaskan tetapi nampaknya masih ada lagi yang akan muncul setiap kali mereka membunuh titankin. Ayah Phainon melihat setiap pengawal. Jumlah mereka tak ramai, cuma dalam 15 orang saja. Sudah 3 orang mati di tangan mereka.

Flame Reaver, si pahlawan pedang melihat ayah Phainon yang sedang berlawan dengan tenteranya. Aku perlu bunuh ketua mereka dan hancurkan kampung ni. Dia memberi arahan untuk semua titankan mara dan musnahkan rumah-rumah di sekitar. Ketua pengawal melihat kemaraan titankin yang bagaikan tentera berani mati. Matanya bertembung dengan Flame Reaver. Siapa dia? Diakah yang bawa semua titankin ke sini?

Dia terfikirkan Phainon dan isterinya. Nampaknya aku terpaksa mungkir janji. Maafkan ayah Phainon.

Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play